Masih lagi cerita Sabah.
Haha.
Bagi chance la ya kat orang yang first time pergi Sabah ni.
Ikut itinerari sepatutnya ada slot kami ke pulau satu hari tapi apakan daya, Urusetia program awalkan program, lepas tu kami pula masuk separuh akhir, itinerari ke pulau tu macam nyawa-nyawa ikan je jalannya.
Tapi, Captain kami usaha juga cari jalan bagi kami jejak pulau walaupun dah petang.
Survey punya survey, bincang punya bincang dengan ejen, jadilah, dapat pergi satu pulau je, kami sewa satu bot. Ikutkan dah petang, tak boleh dah masuk pulau sebab waktu balik ke KK dah, tapi sebab kami tak ikut pakej dan sewa satu bot, maka apa yang tak boleh, dibolehkan.
Nak ke pulau-pulau yang ada di Kota Kinabalu, kena ambil bot di Jesselton Point Ferry Terminal.
Ginilah rupa bot yang kami sewa, siap dengan life jacket.
Bersnorkling la kami dalam 2-3 jam sambil menikmati sun set di Pulau Manukan. Banyak ambil video je kat sini post kat IG Story.
Selesai kat pulau, malamnya Captain bawa pi dinner Restoran Makanan Sedap. Dia yang order menu sebab kami tak tahu nak order apa. Yang ini sayur manis. Sedap. Rasa seakan-akan pucuk paku. Bila makan crunchy je kunyah.
Sup ni pun sedap kat tekak kita tapi teammataes lain tak suka. Sup asam namanya. Rasa masam-masam macam asam rebus tapi version pekat.
Dan semua ini, Captain belanja. Alhamdulillah, rezeki lagi. Dia marah kami nak bayar.
Lepas makan kami ke Pasar Malam area Pasar Filipina. Captain maklum kalau nak beli cenderamata macam brooch ni kat pasar malam lagi murah.
Tengah malamnya singgah pasar pula. Teman Captain beli seafood nak bawa balik semenanjung. I pun tumpan udang dua kilo kat coolbox Captain.
Sekian la sahaja cerita Sabah dari I. Rasanya takda apa dah lagi nak coret kat sini.
Insha Allah ada rezeki, panjang umur, nak ke Sabah lagi untuk meneruskan misi 2025. Amin!
Baik Captainnya.... Rezeki...
BalasPadamsetuju bila SAbah punya seafood sanagt murah..pi sabah puas makan seafood
BalasPadamnieyl pernah pergi pulau ni..tapi dah lama dah, masa nieyl sekolah menengah..tahun depan nieyl plan nak g kundasang, nanti bolehlahhh pergi balikk
BalasPadamSabah best, bah.. cool eh captain bawa coolbox sendiri. Ikan tu goreng masa kat sana ke?
BalasPadam