Alhamdulillah, masih dipertemukan lagi dengan hari Jumaat penghulu segala hari dan dipinjamkan nafas untuk terus hidup di bumi Allah s.w.t. Semoga hari ini kita dapat terus bekerja dengan ikhlas dan segala ibadah kita hari ini diterima Allah s.w.t, amin!
Nak cerita tentang kumpul-kumpul adik-beradik awal September haritu. Alhamdulillah, berjaya juga cari masa untuk berkumpul dan semua adik-beradik ada.
Sebenarnya nak berkumpul bulan Ogos sebab hari lahir arwah Ibu, tapi I sekeluarga ni yang ada je halangannya, so postpone ke awal September.
Bila dah berkumpul ni, mula la timbul menu-menu permintaan adik-adik. Ni salah satunya, puyuh masak lemak cili api.
Kena la masakkan. Walaupun tak sesedap macam air tangan arwah Ibu, tapi rupa tu ada la sama. Haha.
Adik kedua masak sambal udang potai. Petai hasil pokok peninggalan arwah Ibu dan Abah.
Permintaan adik ketiga, sambal bilis tempoyak goreng. Boh juga petai bagi extra sedap.
I order tapai pulut. Makan tapai ni, terkenang Ibu yang selalu buat tapai tapi Ibu bungkus bentuk kon macam GINI.
Order juga makanan lain buat tambah-tambah sebab jemput juga saudara-mara berdekatan datang makan.
Syukran Makngah beli kek sebab tak sembat nak celebrate birthday si Adik hujung Julai lepas.
Rutin kami kalau berkumpul, solat berjemaah dan sedekahkan bacaan yasin buat ahli keluarga yang telah tiada.
Birthday girl.
Anak-anak buahan yang hadir time sesi potong kek.
Bila dah berkumpul ramai ni, kena la bentang tilam selambak tidur. Yang baju kuning tu anak cousin, siap tanya seronok ke Mamilong tidur macam ni? Saya nak tidur juga macam ni.
Haha, kelakar!
Terus la i call apaknya minta permission.
Terus la i call apaknya minta permission.
Esoknya, ziarah Ibu Abah, bersihkan apa yang patut. Alhamdulillah elok bersih kubur ibu abah, pokok-pokok pun hidup subur.
Ginilah bila dah takda mak ayah merenung masa depan. Haha.
Ya Allah, lindungilah adik beradikku dan keluarganya walau di mana mereka berada. Ampunilah dosa mereka, lancarkan rezeki mereka. Satukanlah kami bersama ibu dan abah nanti di syurgamu.
Amin.
Take care semua, sayang mak ayah korang tau.
Bila ada masa balik selalu.
Esok bila dah tak ada, rindu tu hanya mampu iring doa je la.
dpt berkumpul adik beradik..masak2 lauk yg terkenang arwah mak pasti rindu kan....
BalasPadamseronok dapat kumpul adik beradik kan
BalasPadamseronok berkumpul tapi sedih sebab x complete kan..tahun ni akak rasa x complete sebab mak dah xde..tinggal abah je..itupun abah sedang meniti usia...
BalasPadamPara akhir tu, sebak kita. Teringat juga ibu yg baru beberapa bulan pergi.
BalasPadam