Jumaat, 20 September 2024

Cuti sekolah dan influenza

Salam semua, 

Selamat bercuti-cuti Malaysia sambil bersesak-sesak dalam jammed!

Hari Sabtu start cuti sekolah tu, dah search waterpark yang berdekatan, since tak pergi mana cuti sekolah ni so nak bawa la anak-anak pi waterpark. Kita bawa ke tempat yang mereka suka je la. Berbelah bahagi nak book sebab tak bincang dengan AJ lagi. Jadual AJ pun tak check so, I hold je la dulu booking.

Perasan mata Reezqy dah start merah pagi tu. Ingatkan sebab dia  penat training olahraga, so bawa pi klinik untuk check mata. Sekali esok paginya, badan dia mencanak naik panas. Tiba-tiba je demam. Disebabkan isnin tu public holiday, takut klinik tutup, ahad pergi klinik sekali lagi.


Lain pula dapatannya ya balik dari klinik. Reezqy positif Influenza A. Terus kemurungan Ommak nak pi bercuti. Begitulah, kita plan, Allah pun plan. Plan Allah, nak bagi Reezqy berehat panjang. Ontok-ontok di rumah ajelah semua. 

Dah duduk rumah aje, banyak lah benda yang tak kena kat mata.  Pokok ni dulu apaknya tanam. Pandai tanam tapi tak  beri kasih sayang. Dah terbengkalai begitu aja, hidup segan mati tak mau, kita bantu la  suburkannya kembali. Potong mana yang dah terlebih, tambah tanah, bagi baja. |

Doakan I selalu ya pokok sebab selalu siram uols.

Duduk rumah saja, bosan dengan masakan sendiri kita order. Haha. Sedap betul tauhu begedil ni. Kicap dia sedap sangat. Paling best sebab yang lelain tak suka, kita hadap sorang je.


The Imans yang tak ke mana cuti ni. Walaupun yang demam dah nampak ok, tapi kita tetap hold juga berjalan sebab risau. Kang berjalan, dapat virus, demam lagi. Reezqy tu dah la macam-macam menunggu. Trainingnya, tuisyen lagi. Banyak hal tertangguh kalau dia demam.

Waktu Reezqy demam haritu, stress je rasa sebab dia jenis kalau demam badan tak boleh masuk apa. Semua keluar balik through muntah. Standby je la besen pink tu kalau dia tak sempat lari ke toilet.

Haritu adik lelaki ada bagi madu tualang. Nasib la ambil juga walaupun taknak pada mulanya. Berguna bila time demam dan takda selera. Makan madu dapat tambah tenaga yang demam tu.

Ok, tu aja nak cerita.
Nanti-nanti kita tulis lagi.
Till then!
Salamelekom.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan