Selasa, 6 Ogos 2024

Tak sempat tengok KDrama dua tiga minggu ni

Salam,

Korang pernah tak alami situasi ni, bila mengeluh tentang sesuatu dalam hati, tiba-tiba, time scroll medsos mesti keluar sesuatu yang bagi  motivasi untuk keluhan tadi dan kau pun tersedar dan kembali bersyukur. Haha.

I selalu. I panggil ianya sebagai reminder dari Allah =)

Quote kat atas ni lalu kat IG time bangun tidur pagi tadi, I rasa penatnya this few weeks, rasa malas nak buat sarapan, rasa malas nak pergi kerja, tapi dalam malas-malas tetap seret kaki, buat juga rutin harian sebab sendiri juga tahu, kalau kita tak buat, semua tak bergerak dalam rumah tu nanti. 


These few weeks I busy untuk persiapan sukan. Pagi petang ada training. Dengan sesi gym lagi, urusan office, house chores, sampai takda masa langsung untuk me time layan KDrama. Haha. Riang suami den sebab malam-malam isterinya pengsan takdan tengok lelaki lain.

Since Apaknya pecah rahsia yang Ommak nak pi bersukan, Mamat ni mula la kemurungan.  Semalam dia tanya, betul ke Mami nak pergi bersukan? Dedi kan tak pergi? Mana Mami boleh pergi? Kalau Dedi tak pergi mami kena duduk rumah je.

Alahai abang. Dedi kasi pergi, sebab tu la mami join anak oiii. Dedi dah bagi keizinan ;)

Time sambut birthday Adik, on the way balik rumah nampak ada orang jual durian. Jenis nak makan time tu juga tapi nak tempat sejuk. Suruh orang tu kopekkan dan makan dalam kereta. Menyirap husband dennn dengan si kakak sebab bau durian. Durian kampung je, tapi sedap lemak ada pahit-pahit sikit rasa dia.

Simple birthday celebration untuk Adik. Punyalah dia tunggu-tunggu hari jadi dia sebab jatuh pada 31 haribulan. Selalu tanya, kenapa dia lahir 31 hari bulan? Lambat nak sampai harinya.

Itu semua kerja tuhan nakkk. Bukan mami yang pilih tarikh. 
Takda kek bertema this year sebab dia dapat hadiah  awal. So, hanya makan-makan dengan family.

Ini pun dia request juga. Nak bagi cotton candy pada classmates dia. Mami order dan dah selamat bagi pun pada 31 haribulan.


Lepas je sambut birthday, esoknya adik demam. Mami kata adik demam sebab beralih bulan. Dah besar pun masih  beralih bulan ya dik.
Bawa pergi jumpa Doktor dan dapat cuti sakit selama dua hari. Maka, mami pun ambil cuti dan berehat di rumah bersama birthday girl.

Ada seminggu lagi I kena bertahan untuk semua kesibukan ini. Insha, lepas ni boleh la pulun maraton tengok KDrama oppa saranghaeee. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan