Khamis, 29 Ogos 2019

Tempahan kuih

Salam semua,

Nak meluah rasa. Simpan dari weekend haritu lagi.

Since Abah sakit, Ibu memang dah stop jual dan ambil tempahan kuih.
Perhatian memang 24 jam pada Abah since memang kena bantu Abah uruskan diri.

2 jam sekali kena pusingkan kiri dan kanan, tapi selalu tak sampai dua jam pun. Dia rasa nak pusing badan, dia panggil kita.
Kaki pun kena gerak-gerakkan.
Kadang, dia panggil nak air.
Takpun garukan kepala, atau garukan mana part yang gatal.
Bila takda orang kat dia, dia panggil, kadang siap cakap, mentang-mentang Dia dah macam ni,  seronok tinggalkan dia seorang pergi borak di dapur.
Bila lambat datang, dia cakap, saja aja buat tak dengar dia panggil.
T___T

Time dia nak duduk (kalau kami ada), dia suruh angkat.
Baru 5-10 minit duduk dia suruh baringkan balik sebab belakang sakit.
Part angkat  baring ni memang selalulah.
Kadang, yang tukang angkat pun jadi marah, lagi-lagi bila baru nak menyuap nasi, Abah dah jerit, sakit niiii, Abah nak baring. Kelam kabut kami pergi ke Abah.
Semua ni kenangan untuk kami.
Walaupun kadang marah, ragam Abah juga buat I tersenyum bila ingat balik time kat office. =,)

Abah ada dua tiga kali cakap pada I dan adik-adik, hantar jelah dia kat rumah orang tua-tua. Tak nak menyusahkan kami kononya.

I sindir Abah balik, kalau hantar ke sana, Abah jangan ingat orang sana nak layan Abah macam Ibu dan kami buat. Entah-entah, Abah panggil pagi, petang baru diorang datang layan.

Kahkahkah!
Kami gelak.

So, last Friday malamnya, I balik Melaka, sampai aje rumah, I tengok Ibu busy buat kuih sambil dibantu makcik. Ada tempahan kuih.

Tak terucap rasa marah sebab Ibu terima tempahan.
Tak terfikir ke orang yang tempah (Saudara sendiri), yang Ibu tu penat menguruskan orang yang sakit.
Dekat nak pukul 12 pagi, makcik yang tolong minta izin nak balik.

Ibu tanya, tolong ibu boleh?
Dia minta I menolong untuk menyiapkan tempahan 2 jenis kuih sebanyak 400 biji.

I jawab, taknak lah.

Kenapa?
I jawab, penat la bu. Tadi kerja, balik lagi nak uruskan anak-anak, settlekan urusan kerja rumah tadi.

Ibu diam je.
I marah sebenarnya, at the same time kesian kat Ibu. Yang saudara pun satu hal lagi, macam tak boleh order kat orang lain. Suka ambil kesempatan pada Ibu  sebab harga kuih Ibu hanya RM0.35 sebiji. Lagi satu, dengan Ibu, boleh hutang. Ambil kuih dulu, bayar kemudian.

I masuk ke dalam, melayan Abah yang tak tidur. Layan dia borak. Macam-macam yang keluar hinggalah ke isu Ibu buat kuih. Abah kata, pergi la tolong kak, cepat siap, cepat ibu rehat.

Abah tak suruh pun memang I nak tolong. Walaupun marah, tak sampai hati sebenarnya tengok Ibu susah payah gitu. Tu masuk dulu, borak-borak dengan Abah. Bagi cool down sikit. Dah tenang, barulah ke dapur menolong apa yang patut.

I ambil yang positif ajelah. Ibu suka buat kuih, mungkin dengan buat kuih, dia dapat release stress dan penat menjaga Abah. I assumed gitu ajelah.

Esoknya, lepas ambil tempahan, I dengan Azreen memang uruskan Abah, suruh Ibu tidur dan rehat. Sambil Ibu tidur, ambil peluang kemas rumah, basuh baju dan apa-apa jelah yang boleh ringankan Ibu. Malamnya pun dah nak balik, so, apa yang I boleh bantu, I bantu haritu juga termasuk bersihkan rumah.

Esoknya, adik dan suaminya pula balik jaga Abah. Ibu dan makcik pergi kelas hiasan pulut kuning. Another me time for her, hopefully boleh charge up mental fizikal Ibu untuk minggu ni.

Walaupun terasa penatnya, tapi hopefully kepulangan kami dapat ringankan beban Ibu, dan dapat menceriakan dan meringankan sakit Abah, Insha Allah.

Bila Ibu Bapa dan tua ni, sebolehnya, balik ke kampung tu janganlah menyusahkan mereka. Senangkanlah hati mereka. Kita balik pun bukan lama. Setakat sehari dua. Dah usia mereka pun tak tahu sampai bila.

Cubalah bantu meringkan segala beban yang ada. Tak ringankan beban duit, mungkin boleh bantu ringankan beban kerja rumah  ;)

Insha Allah, buat segalanya dengan ikhlas, ibu abah redha, pasti ganjaran pahala dari Dia.
Amin!


1 ulasan:

  1. kdg2 mak2 ni die tk kenal erti letih walaupun kita tau die letih sebenanrnya..yela nk plak kena jaga suami tgh sakit kn..ada plak tempahan tutp sbb die suka tu die trima juga tempahan..apa2pn smoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam