Rabu, 21 Ogos 2019

Tahun 2020 lagi empat bulan

The Imans, sorang pakai towel kat kepala, semua nak buat juga!

Salam semua,

Pejam celik, 3-4 bulan lagi, tahun 2020 bakal menghampiri.
Amazingly, wawasan 2020 yang selalu disebut-sebut oleh Tun M dahulu, kini dia sendiri akan mengemudi.
Tak sangka kan!

Tahun 2020 juga Reezqy akan melangkah ke Tahun Satu persekolahan.
Dah tahu dah keputusan sekolahnya. Menunggu debaran nak hantar dia pergi sekolah ajelah. Harap-harap ada lah geng taska dia masuk sekolah tu so ada geng.

Reezqy masih dengan ragamnya lagi. Malam tadi pun, dia bantainya melalak masih tak boleh terima kenyataan dah kena tidur sendiri. Dalam proses suruh dia tidur sendiri, tak nak bagi berjalan masuk bilik kami.

Iya, sebelum ni memang dah tidur sendiri, tapi dia berjalan malam. Hari-hari buat magic. Malam kami tidur berdua, esok bangun tidur, dah jadi bertiga!

So, I tidur dengan diorang, bila nampak aje Reezqy bangun nak berjalan, I pun bangun. Malam tadi lepas menangis nak Dedi, senyap kejap. Lepas tu dia bangun, kata nak kencing. Ok, layan. Then pukul 2 bangun lagi nak air, tapi tak minum sangat pun. Pukul 3.30 bangun lagi. Dia tengok je I. I bangun, dia baring balik.  Tidur ke tak kau ni bang! Jadi burung hantu mak kau ni memantau tidur kau bang!

Hopefully, tak lama lah nak kena memantau. O__O

Next, si kakak. Sesi persekolahan tahun depan dah jadi dua sesi lak. Pagi dan petang. Reezqy sekolah pagi, Kakak sekolah petang. Masih cari solution macam mana nak adjust keadaan tu nanti.

Kalau sekarang, Dedi ambik dan hantar, dah jadi dua sesi ni kena fikir alternatif lain. Kena buang kerja lak Dedi kalau asyik keluar waktu pejabat.

And for sure, perbelanjaan tahun depan akan bertambah lagi.

Adik, Insha Allah kami akan hantar tadika. It's time for Grandma berehat, walaupun dia kata tak susah pun jaga Adik. Bagi chance lah adik bergaul dengan rakan sebaya pula.

Then nak fikirkan yuran kenderaan dan yuran transit untuk dua orang lagi. Mode survey tempat dan servis dengan harga yang terbaik is ON!

Insha Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami, aminnn.

1 ulasan:

  1. hai awak! kat mana nak follow ni xjumpa button follow la :(

    BalasPadam