Jumaat, 16 Ogos 2019

Boboiboy Movie 2

Salam semua,

Sehari sebelum raya haji, since takda nak buat apa, kami buat aktiviti lagho pi tengok wayang. Haha!
Nak duduk rumah pun, orang-orang taman dah pulang ke kampung halaman, sunyi sepi, maka, jom lah kita isi masa lapang.

Tahniah Bobiboy Movei 2! Tinggi kutipan ye sampai 9.9 juta gitu. Kami pun antara penyumbangnya la tu.

Dah hari-hari iklan ni keluar kat TV, ingat kau mampu tak pergi tengok dan buat macam takda apa-apa yang terjadi!  Memang kena zikir dengan Reezqy ajelah bila nak pergi tengok  Boboiboy!

Muka banyak happy! Menunggu masa nak masuk pun asyik tanya, bila ni bila ni! Punya lah tak sabar. Dalam movie pun fokus sampai habis. Cerita yang kena dengan minat dia, memang duduk diam ajelah.

Tak dapat nak review sangat pasal cerita ni sebab I tengok time mula dan akhir je. Sepanjang cerita, I tidur. Kahkahkah! Rasa segar betul dapat tidur yang berkualiti. Punya tak sedar walaupun Boboiboy ni movie action gedengang gedegung.

Kakak dan adik pun layan cerita ni sambil mengunyah keropok dan popcorn. Tak banyak songeh pun dua orang ni walaupun kat rumah takdalah layan sangat pun Boboiboy.

Apapun, suka tengok Pipi Zola yang comel. Nama panjang kan main. Dah kena tanya dengan Reezqy, nama dia apa mami? Puteri apa mami?

Mami apa lagi, google ajelah. Haha. Puteri Intan Payung Indah Zulaika Olisha Lazdhiya Absyari. Panjang betul!



2 ulasan: