Khamis, 8 Ogos 2019

Meroyan

5/8 -  In the morning rasa macam ada something je dengan tarikh ni. Fikir punya fikir, sekali, eh, ni tarikh bertandang side Azreen dulu. Haha. Patutlah rasa sesuatu je. Teringat persalinan songket hitam time bertandang.=p

5 Ogos tu juga hari I meroyan. Melepas geram.
Orang, kalau nak tengok perangai sebenar, tengok time dia marah. Iya, memang betul sangat tu.
Memang hilang pertimbangan, I keluarkan je semua.
Tapi kat IG story je lah. Setakat meluah rasa.

Sakit hati.  Lepas kita, kita lagi.
Kalau rasa takda siapa dah nak pegang jawatan, bubar ajelah kelab atau persatuan tu.
Ini tak, kalau dah seorang tau, di aim seorang tu je lah.
Yang penting aku lepas, kau buat la kerja tu!
Tepaling sakit hati, suami isteri tercalon untuk pegang jawatan.

Yang mencalon pun agak-agak lah. Cuba kau kat tempat kami, kau tak rasa bersalah ke? Kami ni ada anak. Kalau dah dua-dua pegang jawatan, kau faham-faham ajelah. Anak kena heret sama. If tak bawa, nak kena fikir nak suruh siapa jaga if ada benda nak kena hadir. Otak ada tak guna!

Siap ada yang kata, eh, nampak true color kau.
Eh, true color kita je lah yang kau nampak, true color kau tu tak nak fikir.
Menyusahkan orang!

Iya, orang lantik kita sebab dia percaya kita boleh buat kerja.
Tapi kalau dah 13 tahun kerja kau melantik aku je, apa peranan kau kat atas muka bumi ni?
Asyik kena je, rasa TERANAIYA pun ada.

Jangan silap ye, ini bukan berkaitan AJK untuk tugas rasmi dalam kerja. Ini tentang persatuan-persatuan yang ada kat Pejabat.

Ada juga pesan, tak suka, tolak cara baik.
Bukan tak pernah tolak, pernah juga buat. Tapi orang yang buat-buat tak faham. Lagi kita tolak, eh lagi dia sua.

I rasa, kadang kena luah juga apa yang kita rasa.
Kalau tak orang ingat kita ni jenis yang senang dipijak.

Biarlah kali ni kena marked macam-macam, janji I tunjuk I memang tak suka.
Dahlah salah tulis jabatan, langsung tak minta maaf! Lagilah sakit hati.

Alah, meluah rasa untuk part yang kita tak suka je. Kalau kau kat tempat kita pun, I rasa, sama je, dua kali lima reaksinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan