Selasa, 13 Ogos 2019

Our Aidiladha 1440H

Salam Aidiladha semua!

Sedih pula hati tahun ni dengan kes accident kat highway tu. Kesian baby tu hilang bapa. Umur baru 3 bulan. Semoga keluarga dapat pembelaan yang sewajarnya. Insha Allah, aminnn.

Since raya puasa dah kat Melaka, so, raya haji di sebelah suami la pula. Adil dan saksama! Walaupun Abah tengah sakit, 6 Ogos haritu I dah pulang bawa pi appoinment hospital.

Macam biasa, cubaan nak bergamabr sekeluarga, akan disabotaj oleh Reezqy. Mak pasrah dan redha ajelah nak.

Ikut sukalah Reezqy nak buat apa. Rayeesa pun malas nak layan agaknya cakap lantak kau lah Abam!

Mak Abah dengan cucu yang tak semua ada. Alhamdulillah, this year dapat beraya dengan Awin. Dapatlah Reezqy kenal sepupu jauhya.

Pak buah, Mak buah dan anak buah-buahan. Terima kasih lah semua ye sebab rajin melayan Pakcu dan Makcunya bergambar. Haha.

Kami yang tak cukup korum. Sorang ada sorang hilang. Sorang masuk rumah, sorang ke surau. Ada yang dah tukar baju juga, maka kita bergambar siapa yang ada ajelah.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Semoga segala ibadah haji dan korban pada yang menunaikan diterima Allah swt, Insha Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan