Rabu, 31 Julai 2019

Happy birthday Adik!

Salam semua,

Birthday Iman Rayeesa harini.
Oleh kerana semalam cuti, so kita sambut awal dengan Grandpa dan Grandma.

Happy third birthday Adik!
Semoga menjadi anak solehah kesayangan semua ya sayang.
Semalam order kek simple daripada The Lawyer Kitchen. Request kek vanila span tapi nak ada warna raibow kat luar dia. Alhamdulillah, sedap keknya. Husband siap tanya ada lagi tak kek, nak repeat makan.

Tiga tahun dah budak baik tak banyak ragam ni. Seriously, dia memang tak banyak ragam setakat ni. Boleh main sorang diri dia je tak payah berteman. Nak tidur pun, dia hangkut kain dan anak-anaknya, masuk bilik sendiri, golek-golek, lelap.

Tahun depan sekolah dah dik. Bagi awak bercampur orang sikit. Kita bagi grandma rehat pula ye. Mesti Grandma sedih nanti, tapi untuk kebaikan Grandma juga.

Dah tiga tahun ni, bila dia buat salah, dia sendiri nangis. Faham dah mana yang salah dan tak boleh buat.

Masih berdiapers lagi. Nak kena cari masa yang sesuai untuk sesi diapers off nya. Abang dan kakak dulu, ajar tak pakai diapers time Mami dalam pantang. Ni, takda berpantang dah, kena ada cuti panjangla kot, baru boleh start sesi ni.

Her favorite adalah main masak-masak gini. Kalau takda orang kacau, aman tenteram ajelah dia. Tapi si abang suka buat chaos, ada aja yang nak disakat. Lepas main, dia akan kemas masuk semua dalam bakul merah belakang tu, then dia tarik baku tu simpan balik dalam bilik.

Rayeesa setiap kali ambil dari rumah Grandma lepas waktu Pejabat.  Tiga  benda tu memang kena ada, kain busuk, baby (doll) & cat. BFF dia.

Bila cuti panjang, akan ada drama sikit taknak turun pergi rumah Grandma. Takda dia nangis pun, cuma  nyorokkan diri je lah dalam kereta.

Simple celebration semalam dekat rumah FIL. Birthday girl selalu riang menyanyi lagu orang. Turn birthday sendiri, dia bantai menangis lak. Haha. Tak suka jadi perhatian ye dik.

Birthday cake from The Lawyer Kitchen

Dah dua tahun sambut birthday Adik kat Melaka. This time,  bagi peluang kat Grandma lak sambut birthday Adik. Thank you Grandma jaga adik setiap kali Mami Dedi pergi kerja. Thank you juga kat Pak Long bagi hadia kat Adik.

1 ulasan:

  1. amin yaa rabb. semoga besar sihat jadi aset ibu ayah ke syurga anak solehah ni =)

    BalasPadam