Haha. Gelak dulu sebelum taip.
Actually, 24 Julai yang lepas anniversary kami. Tunggu ajelah, apa husband nak post kat FB dia.
Tepat 24 Julai, I pun pi stalk FB dia. Dia repost wish dia yang last year aje.
Dasar malas nak fikir lettew.
Haha!
Dah 9 tahun kahwin kan, you dah boleh agak dah.
Kalau di awal perkahwinan dulu, tak ingat tarikh anniversary pun dah mengamok merajuk bagai. Masuk tahun ke sembilan ni, tak kuasa dah nak marah dan merajuk. Dari marah baik pi makan, at least kenyang, kan!
Throwback zaman Induksi dalam tahun 2007 kot! Digandingkan jadi Juruacara Majlis time tu. Orang panggil dia Ensem. Dalam hati cakap, celah mana handsomnye tah! Haha.
Orang tua-tua dah pesan, jangan tak suka tak suka, nanti jadi suka. Ha, kan dah mendapat!
24 Julai 2010 dinikahkan selepas baik balik dari pergaduhan yang entah apa-apa. Ingat sampai mati B, rasa sayang dan cinta tu perlu diluahkan. Setakat pandang-pandang jeling-jeling, ingat I Pak Nujum boleh see through hati you! Tak cakap, mana kita nak tahu. Kalau dari 2007 diluahkan, confirm dah kahwin awal kita, anak pun berderet agaknya =p
Apapun, setiap yang jadi, ada hikmahnya. Kita lambat dijodohkan, Allah nak bagi kita belajar tentang hidup dan manusia.
Gambar terkini, 19 Julai 2019.
Ya Allah, membesar bagai johan yang sengih lebih tu! Makan apa tah, asyik membesar aja tak kurus-kurus ;)
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke sembilan Mr. Azreen.
I know our marriage bukannya selalu manis.
Ada time masam, ada time pahit. Itulah, asam garam perkahwinan.
Semoga kita sentiasa bercinta sampai ke syurga kerana Allah B, Insha Allah.
Semoga kita sentiasa sabar dan ikhlas mendidik dan menjaga amanah Allah.
Semoga kita sentiasa memperbaiki diri dan menjadi umatNya yang sentiasa mencari redha Ilahi.
1 4 3 Aren!
;)
happy anniversary...smoga bahagia till jannah..maintain je dr dlu smp skarang
BalasPadamhappy anniversary. may your marriage always be filled with sakinah mawaddah & rahmah,stay strong & lasts till jannah.
BalasPadam