Khamis, 25 Julai 2019

Jamuan Raya Office

Salam semua,

Saja buat post throwback sebab post ini ada banyak gambar makanan. Haha. Kita suka!

Good food will lead you to a good mood =)

Thank you rakan Setiausaha dan GCB yang sudi hadir ke Jamuan Raya office kami. Walaupun serba salah nak buat majlis pada time tu sebab ada isu pasal jamuan raya kat pejabat kerajaan ni, katanya membuang masa, gitulah lebih kurang, tapi kami pasrah ajelah sebab semua dah dirancang.

For me, ok je majlis di peringkat Jabatan walaupun ada dah majlis sambutan raya di peringkat organisasi. Time majlis besar, kita bukan dapat mingle around sangat pun sebab ada VVIP dan tetamu luar, tapi peringkat jabatan ni lah dapat beramah mesra dengan staf yang selalu menyokong pentadbiran dan operasi kerja.

Yang penting, pot luck! Tak guna duit office =p

Pavlova sedap dari  The Lawyer Kitchen! Ada order kek wajib I dan apatah lagi satu I order, tak ingat.

Kami buat photobooth juga. Haha. Saje nak happy happy lari dari stress kerja. Comel kan! 

Mantan staf yang banyak berjasa juga kami raikan. Tanpa depa, takdalah kami semua. 

Untuk potluck I, order putu mayam je. Order yang tekak sendiri nak makan. Haha. Sedapnya putu mayam gaul dengan gula dan kelapa tu, haishh, rasa lemak manis blend together,  Ya Allah, sedap!






Spouse yang satu company juga kita jemput. Rezeki dikongsi bersama ahli keluarga di bulan yang mulia konsep dia.


Pilihan makanan memang banyak tak terkira. Ada dua puluh orang staf, makan mendapat lah 20 menu. Tu belum yang bawa sorang dua tiga lagi.

Sedang majlis berlangsung, main course tak cukup pula. Dia punya cemas tu, bayangkan tengah kenduri kahwin, food tak cukup, tapi tetamu ramai je. Ha, gitulah perasaan dia. Terus buat Plan B .

Thank you pada semua yang sudi hadir dan sudi habiskan makanan. Insha Allah, ada rezeki lain, nanti kami kongsi lagi ye.

1 ulasan: