Jumaat, 26 Julai 2019

Rezeki adik abah menjadi tetamuNya

Salam Jumaat, penghulu segala hari semua,

Alhamdulillah, tahun ini rezeki adik Abah yang kami panggil Apak, dijemput menjadi tetamuNya. I'm happy for Apak dan isteri tapi dalam masa yang sama terselit rasa sedih, sebab tahu Abah pun mesti sedih.

Dah empat tahun buat rayuan mempercepatkan panggilan haji, tiap-tiap tahun juga telefon Pejabat Tabung Haji, tapi kun fa ya kun kan, kalau belum kata Dia, maka belumlah ia.

Tahun kelima, Allah uji abah pula dengan sakitnya.

Allahuuu, hanya Dia sahaja yang mengetahui segala yang terjadi. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Semoga dipermudahkan segala urusan Apak dan Mak Usu mengerjakan ibadah haji dan beroleh haji yang mabrur. Tengok Apak, terbayang wajah Abah. Abah dan Ibu pun gini agaknya kalau dapat pergi haji =)

Ahli keluarga yang berkampung di Movenpick untuk menghantar Apak dan Mak Usu

Adik bongsu Abah. Sehari sebelum pergi Apak datang ke Melaka visit Abah, walhal sebelum tu memang dah datang dah.

Sebelum Apak berlepas, I salam Apak.  Dia sebak, I pula memang tak boleh nak tahan memang terus menangis.  Dari sebak, Apak pun menangis juga.

Sorry Apak, takda maksud pun nak buat semua sedih. Cuma, kadang, tak semua kita mampu ucap, hanya melalui air mata dapat luahkan apa yang terbuku.

Apak cakap, Apak akan doakan Abah kat sana. Apak nak Abah kembali sihat macam dulu.

Insha Allah, terima kasih Apak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan