Malas nak pi sebenarnya tapi dah diorang kata, jom lah heh, boleh release stress tu sikit, so, mengikut ajelah kita. And yes, asyik bergelak ketawa aje, hilanglah juga penat duka segala.
Nasi arab mix makan berenam. Sedap aje makannya. Nasi kan, berani kau kata tak sedap.
Geng Bas Sekolah, pelbagai makam. Haha. Ada yang makam tinggi dan sederhana.
Who's turn next? Jangan main terkejut aje ye. Kang nak kena bayar duit tanam. Tinggal seorang je lagi yang belum berpunya ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodohnya, aminnnn.
Lepas settele nasi arab, kami meneruskan misi mencari durian. Pun, orang belanja juga. Terima kasih Tuan Pengarah ;)
Durian D24 kot ni. Tak berapa gemar sebab isinya tebal. Tapi dah orang belanja, kita telan ajelah. Eh, makin nak menguruskan badan, makin banyak lak ujian makan datang!
Yang ni IOI. My Fave! Sedap. Tak pahit, lelemak sesedap rasa aja.
Geng Tetampa! Lepas makan durian pi site visit rumah orang tu yang lawa kemain. Alahaiii, rumah lawa-lawa nak pi mana ni? Haha. Semoga cepatlah terisi dengan bunganya maka, makin berseri lah rumah tu nanti.
Once again, semoga dimurahkan rezeki pada yang belanja.
Kawan yang baik juga rezeki kan?
Alhamdulillah, syukran Ya Allah =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan