Rabu, 3 Julai 2019

Minggu akhir raya 2019

Salam semua,

Minggu akhir raya ni banyak pula programnya. Dapatlah juga bawa budak-budak ni pergi beraya.

Si kakak haritu tanya:

Raya dah habis ke Mami?

Belum. Kenapa kak?

Kita takda pergi raya pun? Duduk rumah aje. 

Sorry lah kakak.
Bukan taknak pergi raya. Memang tak berapa ada mood nak beraya pun. Macam sekarang, dah dapat adapt dengan sakit Atok Abu, so, dah tahu cara nak handle dan dapat rentak dah.

Awal haritu tak tentu arah semua. Dengan berulang ke hospital lagi.
Dengan tukar shift menjaga di hospital.

Alhamdulillah, now, keadaan semakin ok maka, marilah kita menghabiskan sisa raya 2019 yang ada ;)

Semua food sedap. First time jumpa lemang tepung yang coklat tu. Sedap, rasa macam kuih bakar.
First jemputan last week, daripada jiran rumah. Dah jemput lama dah untuk open housenya, sekali tak disangka, Abangnya pula pergi menemui Ilahi dua hari sebelum majlis.

Jiran macam dah  nak cancel aje majlis open housenya, tapi ada kakak ni pujuk, jangan macam tu.
Kita buat tahlil dulu, then jamulah tetamu dengan makan. Takkan nak cancel order semua kan, maka niatkan bersedekah untuk arwah abangnya.

Salam takziah untuk As sekeluarga.


Lepas hadir Open House As, kita ke Majlis Meraikan Cinta anak Big Bos pula. Merasalah makan nasi kenduri.
Tak sempat nak bergambar dengan Pengantin sebab budak-budak ni bukan boleh berlama-lama. Akan mula bosan, habis diexplore semua. Dah la kat sini banyak tempat untuk bergambar yang dihias cantik. Kalau tak control, mampuihhh hancur semua deco.

Si Kakak & Abang. Tahun depan Abang dan darjah satu dah bang. Semoga makin eloklah perangainya. Haha!

Bergambar dengan Penyambut tetamu yang merupakan rakan sekerja juga. Ada gambar dengan big bos tapi, kat kamera sapa tah. Malas nak minta-minta.

Setel majlis di Bangi, terus shoot ke Senawang. Wakil Ibu dan Abah beraya ke rumah Pak Itam (adik Ibu). Tudung si kakak terbang dah haha. Thank you Pak Itam dan Mak Itam jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap.

On the way nak balik rumah, ternampak pula ada belon panas ni. Konon nak stop bergambar acah-acah model. Mampu berangan ajelah sebab takdenya anak-anak nak bagi peluang. Tengok, memang nak menyelit aje si adik tu.

Next day, Ahad, memang plan nak balik tengok Abah tapi sebelum balik pergi singgah Open Day Seqy.

Dapatlah jumpa blogger comel Sepet dan suaminya ni. Ramah betul depa suami isteri. Beli baju kerja je dua tiga  helai.

Thank you Sepet dan Kery!  Nanti buat Open Day, roger  tau. Semoga sentiasa murah rezeki dan rajin buat sales lagi ;)

That's all for last week's activities. Next updates, maybe pasal perkembangan Abah lak.

Till we meet again in next post!

Assalamualaikum!


1 ulasan: