Khamis, 4 Julai 2019

Open house office suami

Salam semua,

This year, untuk potluck sambutan raya office suami, I tak masak. Dia order je.
This year juga, dia takda ajak pun datang.

Dia WA pagi tu tanya nak shawarma tak, dia nak hantar.
I jawab tak nak.

Ada tanya nak shawarma aje? Ingat I takde perasaan nak makan makanan lain. Haha! Terus kita buat surprise, datang je terus ke office dia. Office dedekat kan, apa ada hal! Tak sedondon kami haritu sebab masing-masing gosok baju sendiri. I suruh pakai pink, dia tamau. Dulu masa bercinta semua redho aje haha.

Antara makanan yang ada, salah satunya adalah miangkham. My first try! Not bad pun rasa dia. Rasa kacang, sos, bawang, cili padi dan halia overshadow rasa daun kaduk. Takdelah seteruk yang I bayangkan rasa dia =p

Ada kambing bakar juga. Kan main tanya I nak shawarma je ke padalah ada kambing tapi langsung tak ditanya nak ke tak ye suami. So, dapatlah merasa walaupun datang dah nak habis majlis.

Sup tulang pun sedap. Makan dengan nasi impit. Tapi kalau ada mee atau bihun ni mesti lagi sedap. Haha.

Sambil beraya sambil membawangkan hal bola tampar. Haishhh, seram pula rasanya, game dah dekat! Harap semuanya akan ok, Insha Allah.

Geng tetampa tanpa Kak Mas! Thank you Kak Najwa, sudi jemput. Nak harap suami kita, dia nak tapaukan aje =p


1 ulasan: