On off dah sekarang berblogging.
Rasa nak stop blogging tapi semalam pi visit blog kak Di, termotivasi pula nak menulis balik bila baca tulisan dia yang encourage orang untuk terus menulis. So I rasa, masih ok kot nak berblogging, kalau tak takkan Allah gerakkan hati pi baca blog kak Di. Haha.
Kita pujuk hati, senang nak recall balik memori-memori lama, so jom la tulis sikit-sikit. Walau tiada yang baca, kita jadikan tempat rujuk untuk diri sendiri je lah. Hopefully juga, one sweet day, my children juga akan singgah ke sini ;) Hi the Imans *flying kiss
Good morning Mastana! |
Hospital Melaka ni, masalah parkingnya memang tak boleh bawa bincang. Lepas turunkan Abah dan Ibu, 30 minit juga lah berpusing-pusing nak mencari parking. Lastly jumpa parking kat rumah orang tapi kena bayar RM2. Bayar ajelah malas nak banyak fikir, sebab I mengejar temujanji dengan Doktor. Haritu, result progress CA Abah, so Ibu suruh dengar.
Ramai yang cakap, beruntung kami adik-beradik dapat berbakti pada ibu bapa. =,) Nangis I bila orang cakap macam tu. Rasa bangga, tapi dalam masa yang sama, tetap sedih. Susah nak ungkap kesedihan tu, tapi Alhamdulillah, I fikir ni je, Dia takkan bagi hambaNya ujian yang kita takkan mampu nak hadap kan?
Handsome-handsome doktor kat Hospital Melaka ni! Haha. Nyempat aje! Hiburan mata ok to kill the time.
Bila turn kami sampai, debar semua tu Allah je yang tahu. Takut tak boleh terima kenyataan tapi tetap minta semoga yang baik-baik sahajalah.
Alhamdulillah, since ikut treatment, ada penurunan jumlah CAnya. Rasa macam nak sujud syukur depan Doktor. Banyak progress yang positif. Bab fisio pun ada improvement, walau tak banyak, kami tetap happy.
Selesai temujanji, hantar ibu abah balik, I pun balik semula ke Nilai. Happylah semua dah ok tapi happynya Dia bagi sekejap je.
Pagi Khamis tu, lepas breakfast sebelum pergi kerja, Ibu bagi tahu, nak kejut Abah solat, tapi abah tak bangun!
I dah terkedu rasa macam tak functioning badan semua. Since dah panggil ambulans, so I minta izin dari Azreen nak balik, maka, drive lah perlahan-lahan ke Hospital Alor Gajah (HAG).
Sambil drive I cakap sensorang, semua akan ok, iyaa, akan ok. Hilangkan rasa susah hati. Zikir banyak-banyak dan clearkan otak dari fikir yang bukan-bukan.
Memang terus tak kerja la hari tu. Sampai HAG, Ibu inform Abah dah sedar tapi memang kena warded sebab paras gulanya tak stabil dan ada jangkitan kuman.
Allahhuuuuu Abah! Hilang gigil I.
Janganlah macam-macam bah!
Kami semua belum bersedia =(
Cinta hati dunia akhirat. Ya Allah, kami tinggal jauh, tolong rahmatilah ibu abah selalu dan jauhkanlah dari perkara-perkara yang tidak baik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan