Selasa, 28 Januari 2020

Pemergian Mak Uda

Salam semua,

Sabtu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian Mak Uda iaitu isteri kepada adik lelaki Abah.

Tengah busy prepare bahan untuk buat makan-makan malam tu, dalam pukul 4.45 macam tu, terima  berita pemergian dalam Whats App group keluarga.

Since, jenazah akan dikebumikan selepas Maghrib di Sungai Buloh, memang tak sempat nak readykan Abah untuk pergi ke sana. Adik lelaki pula dalam perjalanan balik ke Melaka dari Puchong. Maka, kami decide hanya akan menziarahi adik abah pada esok harinya.

Mak Uda disahkan mengidap kanser paru-paru awal Oktober tahun lepas. Abah lagi awal sakit dari Mak Uda.

Ada pergi menziarah Mak Uda pada bulan Oktober, time tu memang dia menangis. Dia cakap, doktor sekarang ni, memang main cakap  lepas aja, takda tapis-tapis. Dia cakap kat Mak Uda, kanser dah merebak ke jantung, dah takda harapan.

Memang sedih time tu. Penat menahan air mata. Hanya mampu suruh Mak Uda bersabar atas dugaan Dia. Tak sangka pula secepat ini Mak Uda pergi.

Penat doa semoga tahun 2020 ini yang happy happy saja untuk kami semua tapi siapalah kita nak melawan takdirNya.

Semoga arwah Mak Uda tenang di sana.
 

Ya Allah, ampunilah dan  rahmatilah Mak Uda . Muliakanlah tempat tinggalnya, luaskan dan lapangkanlah kuburnya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah dan dari siksa api neraka.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah kami yang masih hidup dan kami yang telah meninggal dunia, kami yang hadir, kami yang ghoib, kami yang kecil dan kami yang dewasa.

Ya Allah, siapapun yang Engkau hidupkan dari kami, maka hidupkanlah dalam keadaan iman. Ya Allah janganlah Engkau menghalangi kami, akan pahala beramal kepadanya dan janganlah Engkau menyesatkan. Tempatkanlah kami dalam rahmat-Mu wahai Tuhan, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aaamin Ya Rabbul Al Amin.

p/s: Insha Allah, Abah akan terus baik-baik sahaja =,(

2 ulasan: