Selasa lepas office organize team-building. Nak bagi staf release stress dan happy kan diri sementara student tengah cuti.
Tempat yang dituju dekat sangat. Tak sempat terlelap dalam bas, eh sampai dah!
Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Masya Allah, indah sungguh ciptaan Allah.
Hello Tadom Hill! I datang ni. Meninggalkan rutin pejabat untuk mengeratkan silaturrahim dengan rakan sepejabat di sini.
Ikut info petugas di sini, Tadom Hill adalah milikan Cina yang menyewa tanah orang asli di sini. 90 peratus pekerja di sini adalah orang asli.
Yang ada kat sini adalah kolam ye bukan lombong. Di sini dulu tempat orang korek pasir dan batu untuk pembinaan KLIA2, sekali tengah korek, terkorek mata air. Since dah ada mata air, terus digali lagi dijadikan kolam, dan terus dijadikan tempat tarikan orang ramai untuk beriadah dan beraktiviti.
Yang ada kat sini adalah kolam ye bukan lombong. Di sini dulu tempat orang korek pasir dan batu untuk pembinaan KLIA2, sekali tengah korek, terkorek mata air. Since dah ada mata air, terus digali lagi dijadikan kolam, dan terus dijadikan tempat tarikan orang ramai untuk beriadah dan beraktiviti.
Aktiviti pertama kami adalah menaiki ATV. Since ramai yang first time naik ATV, so track yang dibawa adalah yang mudah. Easy breazy je. Dalam sejam macam tu selesai. Ada la juga yang nak terlajak masuk tasik, haha, tapi semua terkawal.
Nampak muka gembira semua tu? Ingat senang nak lepas macam ni?
Next, Flying Fox! I pernah try yang tinggi lagi dari ni, so untuk Tadom Hill punya, biasa-biasa je pada I. Tak sempat nak jerit pun. Haha!
Ready to go! If tak ikut pakej, bayaran RM20 dikenakan untuk sekali fly dan RM30 untuk unlimited.
Rakan sekerja wanita. Get ready untuk terbang di angkasa.
Settle aktiviti Flying fox, kami diberi rehat sehingga pukul 2.00 petang untuk solat dan makan tenghari. Kemudian bersambung dengan akiviti dalam air. Part air ni memang kelakar dan menyeramkan.
Jeng jeng jeng. Tengok benda ni! Kena lompat dari atas ni tau. I siap kena jerit sebab dah sampai hujung tu, I patah balik. Kahkahkah!
Dah tua-tua ni, perasaan takut dia lain macam. Terfikir, if terjun, kalau cedera macam mana? Tiba-tiba tak timbul? Senanglah suami nak kawin lain.
Semua tu mind setting kita. Kita yang kena avoid sebenarnya. If kita fikir susah, jadi susahlah ia. Patutnya kita mudahkan. So, rasanya i terjun ke tidak?
Of course lah terjun! Dia punya debar tu, Allah je yang tahu. Tapi i set dalam kepala, dah alang-alang datang sini, I kena buat jugalah. Nak datang lagi tah bila.
Yang kelakar, macam-macam drama rakan-rakan sekerja yang lain time nak terjun ni. Maka, tugas kita lah bagi support each other. Macam tu juga dalam bekerja, bantu-membantu, support each other tu kena sentiasa ada, barulah dapat bekerja dalam suasana riang dan gembira.
Kolam ni dalam dia 9 meter, setinggi 1 tiang letrik. Mau tak takut nak masuk dalam ni? Memang tak jejak dasar! Time nak turun dalam kolam pun, masuk sikit-sikit, test dulu terapung ke tak. Apa yang nak ditakutkan pun tak tahulah padahal dah ada life jacket =
Semua aktiviti selesai pada puku 4.00 petang. Walaupun ada yang kata, apalah pergi tempat orang asli, alahhh yang penting happy. Orang asli pun manusia juga. Overall kami semua enjoy dan happy aje.
Alhamdulillah dan terima kasih Bos dan rakan sekerja. Permulaan yang baik untuk tahun 2020! Insha Allah yang baik-baik sahaja untuk kami semua dan akan terus gembira dan ikhlas bekerja kerana Allah, amin.
sebelum terjun tu sure debar2 kn...kalo yg tk berdebar tu something wrong somewhere...seronok ada mcm2 aktiviti tu
BalasPadam