Rabu, 22 Januari 2020

Untung Abah

Salam semua,

Isnin lepas, turn I bawah Abah pergi ke hospital untuk temujanji. Berkira-kira nak balik petang Ahad, so takde la rushing pagi Isnin tu tapi Azreen lak kerja. Nanti anak-anak nak tinggal dengan siapa. So kita decide gerak awal pagi Isnin tu je lah.

Dah siapkan anak-anak dan keperluan diorang untuk ke sekolah,  dalam 6.30 pagi I keluar. Keluar awal sangat pun gelap, seram aje kang haha.

Trafik pun lancar aje. Campur tolak berhenti isi minyak, beli Costa semua, dalam pukul 8.00 I sampai rumah Ibu. Abah masih belum ready lagi so I menyinggah la pergi membawang ke rumah makcik.

Dah ready semua, I dengan Ibu aje angkat Abah masuk kereta then terus ke hospital. 

Temujanji kali ini adalah berjumpa Pakar untuk Rehab (Rehabilitasi).  Temujanji Abah ni berderet banyaknya. Kenalah berbahagi-bahagi sesama adik beradik untuk bawa Abah.

Alhamdulillah, untuk temujanji kali ini, banyak perkembangan positif untuk kebolehupayaan dan pergerakan Abah. Doktor juga suggest supaya Abah tinggal di hospital untuk buat fisioterapi secara intensif. Abah tak bagi keputusan pun. Dia nak fikir dulu. Kita ikutkan ajelah.

Selesai temujanji dan  membawang dengan Ibu di Melaka, dalam pukul 3 petang, I gerak balik ke Nilai. Nak kena balik masak untuk keluarga lak.

Malam tu borak-borang dengan Azreen, I cakap,

Abah tu beruntung, dia takda waktu kami membesar. Iya, Abah bagi duit untuk perbelanjaan semua, tapi tak sama bila membesar tanpa Ibu Abah ni. (Kami tinggal dengan Nenek). Dia tak jaga kami, tapi time Abah sakit,  kami beriya menjaga dan tetap jalankan tugas kami sebagai anak.

Terluah juga sikit-sikit apa yang I pendam. Banyak lagi yang nak diluah bila mengenangkan masa lepas, tapi terpaksa di tahan. Allah sedang menguji I sebenarnya. Sikit-sikit Syaitan tu tetap cucuk jarum untuk I fikir yang bukan-bukan.

Azreen marah I cakap macam tu. Dia kata tak baik, nanti takda pahala yang I dapat untuk apa yang I buat.  Dah itu bahagian Abah. Kan semuanya  Allah dah tulis. Yang lepas-lepas tu biarkanlah. Bahagian kita nanti belum tahu lagi macam mana. Patutnya kena bersyukur lah sebab Allah bagi ladang pahala untuk kami adik-beradik.

=(

I manusia biasa. Kadang lemah juga. Kadang tersasar juga dari jalan yang dah Dia rencana.
Semoga I dijauhkan dari berfikir yang bukan-bukan lagi dan sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan.
Semoga anak-anak I juga  nanti jadi macam kami adik beradik. Dapat berbakti kepada orang tua dengan hati yang ikhlas.


"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mengasihaniku pada waktu kecil."

Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan