Salam semua,
Semoga hari Isnin ni ceria-ceria aja semua.
I ceria je sebab bos takda. Haha!
Since anak-anak sekolah petang ni, memang dah jarang makan di luar. Dulu, kalau agak-agak malas aje, jom lah makan di kedai. Balik ambil anak-anak sekolah, terus singgah makan sesiap.
Sekarang, diorang sampai rumah pun lepas azan maghrib. Hari Selasa, Rabu dan Khamis, lepas makan dan solat berkejar pula pi surau mengaji. Nak tak nak, kena masak juga la.Tu yang rasa macam bulan puasa je, sebab time-time Maghrib makan.
Lagi kena masak, bila sampai rumah je diorang tanya, harini mami masak apa? Lapar la.
Haishhh, moh le masak. Kesian menengokkannya. Kat sekolah tah apa-apa ajela diorang beli dan makan.
Masak pun takde la beriya. Satu lauk je pun kadang tu.
Macam ni masak asam pedas ayam. Buat cair je, so takde lah pedas sangat. Kalau tak pedas sangat semua boleh makan.
Ikut angin rajin, mendapatlah ada kuih sejenih.
Kuih ketayap ni buat sebab ibu ada bekal inti. Senang kerja tinggal dadarkan tepungnya aja.
Lauk ni repeat banyak kali pun, Kak Iman suka. Selalu lawankan dengan telur dadar la. Reezqy kalau lauk pedas-pedas, dia rela makan nasi putih, telur dengan kicap je.
Angin puting beliung sampai, mendapatla laksa. Haha! Ommak yang teringin sebenarnya. =p
Inti dah ada, gentel lah 5-6 biji kuih bijan. Kuih simple simple aja, yang penting, semua orang makan.
Ni husband request, nak mee hailam. Kita masak aje main hentam, janji nampak hitamnya, hailam la tu. Haha. Husband lak bukan jenis banyak bunyi. Benda dah siap, dia makan aja.
Kambing perap. Beli kat kawan bulan November lepas. Oleh kerana bulan Disember join diet class, tak dibenarkan makanan berdaging, so last week baru kita dapat masak.
Walaupun kelas diet dah habis, kita tak makan beriya pun. Ambil sehiris dua je untuk rasa. Sia-sia la kan, dah join kelas diet, dah turun kilo kilo, habis kelas kau bantai makan tak ingat. Oh tidak!
Ada juga buat nasi lemak. Pelik aje budak-budak ni makan nasi lemak petang-petang. Janji kenyang, kira ok la tu kan anak-anak. Yang penting Ommak masak.
Penat memang penat bila kena masak lepas kerja ni tapi itulah, demi anak, kita gagahkan juga. Exercise pun tak sempat buat dah bila diorang dah start sekolah ni.
Insha Allah, dibuka pintu rezeki Ommak seluas-luasnya oleh Allah swt dan ibu-ibu yang lain juga sebab rajin masak untuk keluarga. Aminnn.
Sangat bahagia bila masak yang makan bersemangat.
BalasPadamsiap ada kuih tu..mmg feel bulan puasa la kan hehe...masakan mak juga ank2 suka tu
BalasPadamLepas azan Maghrib baru sampai..Allahu cekalnya hati.. Moga Allah bagi kekuatan & kesabarab buat anak2 dan ommak juga...
BalasPadam