Khamis, 12 Mac 2020

Nikmat balik kampung, makan masakan Ibu

Salam semua,

Makanan dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Haha!
Ceritalah nak kurus semua, tapi bila datangnya makanan, terus kurus tah pi mana je tah.




Last week, balik kampung on Saturday. Pagi tu, malas nak masak breakfast beriya, so kita kukus frozen food yang ada je lah. Pau Ayam dan dimsum. Since dah tahu, Ibu masak macam-macam, kita makan ringan-ringan sebagai alas perut.

Tengahari gerak balik Masjid Tanah, sampai-sampai je Ibu tengah makan mee kari. Resipi dia ambil perkongsian kat FB.
Sedap betul mee kari ibu buat. Pekat, isi banyak, sayur lak dia rebus gitu aja. Yang paling penting, mee kuning ibu buat sendiri ;)

Malamnya, since mee kari banyak lagi, Ibu masak lauk simple-simple aja. Goreng ikan, buat sambal bilis terung pipit. Tu sayur I buat ulam. Ambil sayur mee kari.

Hello Sunday at Masjid Tanah! Ibu buat kacang pool. I tak reti makan ni, tapi boleh la telan. Boleh makan, tapi bukan kesukaan. Actually, kacang pool tu makan dengan telur mata, tapi sebab ada lebih telur mee kari, kita belasah aja lah. Roti tu pun ibu buat juga.

Since kuah mee kari ada lebih, I minta ibu bancuhkan adunan roti puri, then I goreng untuk sarapan. Nyum nyum, sedap makan lupa bab kenaikan berat badan.

Since dah ada roti, of courselah anak-anak request nak cicah kaya. Plingggg, terus Nenek kacaukan kaya, siap ada lebih buat bekal bawa balik rumah sendiri. Thank you Ibu.

Sebelum pulang ke sarang, merasa lah makan bihun sup tulang. Ada option nak makan dengan mee, bihun atau nasi. Ibu dah masak, pandai-pandailah sendiri ambil dan makan.

Alhamdulilah masih dipinjamkan nikmat merasa air tangan Ibu. Tak paksa pun Ibu masak semua tu. Ibu sendiri yang masak dengan rela hati. Semua pengaruh FB. Ibu memang ada akaun FB dan selalu intai-intai resipi. Banyak aja masakan yang dia buat. Buat kek pun hebat. Dulu time abah sihat, rajin pi join kelas. Sekarang, menjaga Abah, memang skrol resipi online ajelah.

Kadang tu, kat office dia boleh pos kek la, lauk la, yang dia buat ikut resipi dari FB. Telan air liur lah kita yang jauh ni.

Semoga Ibu sentiasa dapat buat perkara-perkara yang boleh happykan dia. Sambil menjaga orang sakit, sambil melayan hobi dan kegemaran sendiri.

Wassalam.


1 ulasan:

  1. masakan ibu mmg tk dpt ditandingi kan..lapar la tgk smua menu tu sbb tgh puasa ni

    BalasPadam