Jumaat, 13 Mac 2020

GCB: Lunch treat for Korose

Salam Jumaat barakah semua,

Mulakan hari dengan membaca surah Al-Kahfi untuk elak fitnah Dajjal.

Alhamdulillah, last Friday berkesempatan untuk keluar lunch dengan Geng GCB bagi meraikan hari lahir Kak Rose atau kami panggil Korose.

Cukup enam orang dengan terpaksa heret seorang watak tambahan. Azreen kursus di Port Dickson, kena lah bawa Rayeesa sebab malas nak  berulang-alik hantar dia ke rumah MIL.

Kan main happy dapat ikut Ommak ea dating with BFF. Siap time nak hantar rumah Grandma, dia melalak tak nak turun. Dah belanja brownies with ice cream pun tetap buat perangai ye dik!

This year, kami takda plan nak bagi hadiah. Cakap nak bagi hadiah tu senang, tapi nak memikirkan apa yang nak bagi sebagai tanda kenangan tu, payah. So we decide akan cari satu hari, spent time together di tempat pilihan.

Dah tua-tua ni, dapat keluar berjumpa pun dah happy dah bila masing-masing busy dengan tuntutan kerja seharian.

Happy birthday Kak Rose. Insha Allah, Kak Rose akan terus fit dan aktif mendaki semua gunung, haha dan hidup bahagia dengan keluarga dunia akhirat, amin.

Makan ramai-ramai ni seronok. Order menu berbeza, kemudian boleh rasa sikit-sikit menu yang lainnnya.

Dapat hadiah daripada Korose sempena birthday Dia. Miniature perfume dia bagi sorang satu. Thank you!

Alhamdulillah, untuk nikmat yang dipinjamkan. Insha Allah, kita semua sentiasa dirahmatiNya selalu, amin.

Wassalam.


1 ulasan: