Isnin, 16 Mac 2020

Tahniah Hajar!

Salam semua,

Last weekend balik Melaka lagi. This month memang sokmo je balik Melaka. Alhamdulillah sebab dapat jumpa ibu abah ;) Kali ni sebab nak meraikan majlis pertunangan my cousin, Hajar.

Risau juga nak buat majlis ni sebab virus covid, tapi majlis dah rancang kan, takkan nak cancel. Kita teruskan ajelah dengan beringat-ingat dan tawakal kepada Allah swt.

Me & my sisters. Janji mula nak pakai sama warna maroon, lepas tu tukar hitam, tukar nude, tukar biru, tukar pink. Ehhhh, lantak situ, last last pakai biru. Kecoh pilih warna macam kau pula yang nak bertunang =p

I ada baju untuk majlis ni sebenarnya tapi sebab tak sempat nak basuh (baru siap), dan si kakak taknak pakai sebab warna pink tu dia tak suka, kita pakai je lah baju plan B. Biru juganya.



Jemputan pun tak ramai, sesama ahli keluarga aja. So, sebelum majlis bermula, kita bergambar kenangan dengan bakal tunangan orang.

I ditugaskan gubah hantaran. Takda la hebat mana pun menggubah, tapi bolehlah. I happy buat benda-benda gini tapi dengan syarat orang tu tak banyak songeh, kita pun lapang dada nak mendeconya.

Yang sireh junjung tu, i visual cara hias lain, sekali time nak  buat, Ibu tegur,  belah perempuan mana boleh letak tepak sireh, kita menerima. Huhu. Kena la keluarkan tepak sireh dari gubahan =(

Haishhh, mana nak tahu. Last minit kena ubah design, celaru kepala otak, mendapatlah gitu aja sirehnya. I tak boleh nak fikir dah, sebab majlis dah nak start. Dua lagi hantaran adalah pulut kuning dan kek SR.

Kami without Daddy. Semua taknak bergambar. Ommak ea paksa juga. Hi Daddy, rajin-rajinlah bekerja ya! We love you.


My cousin yang ditunangkan, Hajar. Bertunang dengan orang sedaerah juga. Takdalah pening majlis jauh-jauh. Tahniah Hajar. Ni anak Paklong I. Insha Allah,  dipermudahkan segala urusan untuk disatukan November nanti, amin. Nak suruh buat hantaran kahwin nanti roger la den lagi ye ;)

I post gambar ni kat FB dengan caption Tahniah Kak Iman! Haha. Kan main ramai komen dan like, siap tanya kenapa tak jemput.

Haha!

Kak Iman menyelit aja kat I tapi tak cakap nak  bergambar kat pelamin. Bila suruh pi duduk situ, kain main senyum dia. Time majlis pun siap tanya, mana boyfriend makcu. Haha. Budak sekarang kan main lagi ye!

Selesai majlis, petang tu juga I balik Nilai semula sebab Reezqy ada training bola, dan esoknya juga nak penuhi jemputan majlis perkahwinan di Klang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan