Jumaat, 6 Mac 2020

Dating dengan Mak Mertua

Salam Jumaat barakah semua!

Emak mertua I memang selalu sebut nak pi visit Abah  tapi tu lah takde siapa yang nak bawa. Kami lak if balik kampung, memang akan tidur Melaka, so payah juga la kalau nak bawa.

Disebabkan last week Abah masuk hospital, maka, I ajak la emak pi visit besan dia. Laju aja dia setuju. Dah siap masak semua untuk Abah Mertua yang tak nak ikut (busy tengok tv ikut perkembangan politik haha), maka berlima lah kami ke Hospital Alor Gajah.

Grandma and the kids. Sorry ye mak, chaos dalam kereta. Tak tenteram semua. Cucu-cucu mak tu memang gitu tapi diorang baik ;)

Dalam 2jam pi visit Abah, sebelum balik Nilai, I ajak mak pi makan. Yang sebenarnya, I yang teringin nak pi makan cucur udang. Semua orang dok sebut cucur udang Alor Gajah, kita yang dari Melaka sendiri pun tak pernah makan. Ada kesempatan ni, meh kita gunakan.

Ini lah ghope cucur udang yang jadi sebutan tu. Sepinggan gini RM3 tapi sebab I tambah nugget 3 ketul jadi RM6. Isi dia cucur udang, tauhu, telur rebus sebiji, ada fish cake kot. Kalau ada timun, mesti lagi best ni. Kuah cili tu sedap tapi cucur udang kalau dapat yang panas, mungkin I boleh bagi 5 bintang. I suka makanan yang panas-panas.

Orderjuga Sate Fahmy ni sebab si Reezqy nak sate. Sedap! I habiskan yang daging. Tak tahulah sebab lapar ke, atau sate tu panas, tapi sedap aje I makan. Tak liat pun.

Emak ada order mee sup juga. Dia kata, kalau mak tahu Ain order sate dengan cucur udang, takde mak order mee sup. Alah mak ni, makan ajelah mak. Bukan selalu pun kita dapat makan kat luar macam ni.

Elok aje kami habis makan dan bayar, nak gerak balik tu segerombolan group superbike sampai siap polis escort lagi. Ha, nampak! Bertapa famousnya cucur udang ni, tapi I baru je try =p

If korang nak try sila la pergi ke Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Wassalam.


 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan