Selasa, 17 Mac 2020

Hikmah di sebalik Covid-19

Salam semua,

Malam tadi PM dah announce sekatan pergerakan untuk rakyat Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Ada yang happy, ada yang sedih dengan pengumuman tu.

Bagi I, rasa lega since Rayeesa tengah demam sekarang, so tak perlu korbankan cuti rehat. 19 Mac pula nak kena bawah Abah ke temujanji hospital, jimat juga cuti rehat di situ.

Untuk dua orang adik I yang kerja swasta, memang akan tolak gaji disebabkan cuti ni. Bertabahlah ye. Mana yang kita boleh bantu, kita bantu. Tulah guna adik  beradik.

 Seorang lagi, office dia decide kena seminggu kerja, seminggu cuti tapi dalam tempoh cuti tak boleh ke mana-mana. Get ready je if ada keperluan untuk datang ke pejabat.

Kawan I di Putrajaya, husband and wife kena bekerja. Tengah risau mana nak letak anak-anak. Kesian juga. If dekat boleh juga bantu untuk jagakan anak-anaknya, tapi I sendiri pun ada komitmen dengan keluarga.

Di media sosial pula macam-macam perkongsian yang lalu lalang kat wall. Dengan panick attact membeli barang keperluannya, dengan 'menganjing' kes orang panik dan macam-macam lagi. Kita  baca ajelah.

Tapi I tertarik dengan satu post ni iaitu hikmah di sebalik covid -19. Menarik untuk dibaca, so I kongsi kat sini. Mana tahu berguna untuk kita ;)
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sedar atau tidak, sebahagian besar tempat awam sudah dan sedang menjalani proses ‘pembersihan’ secara besar-besaran oleh pihak yang berkaitan.Inilah hikmah dalam tidak sedar, bagaimana Allah kirimkan Covid-19 dan kita terpaksa membersihkan setiap ceruk tempat awam.

Itulah kebaikan buat semua nanti apabila segalanya berakhir dengan izin Allah.Negara kita akan bersih zahir dan batin.Dan mulai 18 sehingga 31, semua rakyat Malaysia akan mula ‘berkurung’ di rumah masing-masing.

Bagi yang mahu berfikir, inilah masanya untuk:

❤ Bonding time bersama seisi keluarga.
❤ Solat berjemaah bersama keluarga sebanyak 70 waktu sehari semalam.
❤ Puasa sunat Isnin Khamis sebanyak 4 hari bersama keluarga.
❤ Tadarus Al-Quran seisi keluarga. Ambil peluang dengan menghabiskan 2 juzuk sehari dan kita akan khatam pada 31 Mac 2020 dengan izin Allah.

Sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 ini akan pulih sepenuhnya di negara kita selepas 31 Mac 2020.

Ya Allah, perkenankanlah!

#copyandpaste
#KAB
#IlmuAmalPerniagaan
#Share

1 ulasan:

  1. dh lanjut smp 14 april..smoga kita semua dilindungi dr wabak covid19

    BalasPadam