Isnin, 9 Mac 2020

Februari datang lagi, selamat hari jadi Amy!

Salam,

Bulan Februari selalunya Ibu akan buat kenduri arwah Emak sebab Emak meninggal dunia pada 19 Februari 2015 tapi tahun ni sebab Abah sakit, takdalah Ibu meneruskan rutinnya. Kadang kami malas nak endahkan bulan Februari, haha, tapi sebab ada sorang tu besday nya on 18 Feb, kenalah buat-buat sedar juga, eh dah bulan Februari rupanya =p

Since I ada bengkel di Putrajaya, ajak adik-beradik dengan ibu abah datang Shaftsbury. Abah tu susah nak ajak keluar rumah, so kita umpan kata nak sambut birthday Amy. Anak kesayangan dia kan, mestilah dia setuju nak ikut.

Sabtu petang Adik bawah Ibu Abah ke Shaftsburyy. Dah pesan kat adik lelaki beli makan malam sesiap. Orang lelaki ni kan, kalau membeli, tak reti sesikit. Dia bantainya beli kan main banyak, siap esok boleh panaskan balik then buat breakfast. Thank you Pakcu Wan!

Adik kedua dan anak-anaknya datang join esoknya. Pun, I pesan beli breakfast untuk Abah Ibu, selambak juga dibawanya. Alhamdulillah, rezeki makn melimpah-ruah.

Ahadnya kami sambut besday Amy di Volcanu Shabu Shabu & Grill, Putrajaya. I dapatkan service Mycutiemutie untuk flower bouquet dan belon. Thank you Mycutiemutie ;)

Terkejutlah juga Birthday Girl. Walau dia dah tahu makan-makan sempena besday dia, tapi dia tak tahu ada belon bagai.


 Alhamduillah, complete semua ada <3 .="" allah="" dipinjamkan.="" nikmat="" p="" setiap="" syukran="" untuk="" ya="" yang="">

 Belek hadiah adik. Abah kata, ni je kau bagi kak? Cukuplah tu bah. Dia macam-macam ada dah. Ingatan tu lagi penting dari hadiah.


 Happy birthday Amy. Semoga sentiasa dirahmatiNya selalu. Terima kasih tolong jaga Abah time kami jauh. Semoga diberi ganjaran pahala yang tinggi untuk setiap bakti dan keikhlasanmu.


 The beradiks. Dulu kecik-kecik takda nak sambut-sambut birthday ni. Dah  besarlah baru merasa. 

Birthday girl request nak pavlova sebab tak makan kek. Kita turutkan ajelah dengan syarat, sila habiskan.


With anak buah bongsu setakat ni, Ayra Hana. Takyah nak tunjuk muka tak sangat dekat Maklong ye Ayra. Haipppp, biasa dia tu! Terus Ayra bagi muka menyampah.

While orang sibuk makan, yang tiga orang ni sibuk merebutkan belon yang dah berpintal-pintal. Sorang chop hitam, sorang chop pink, lagi sorang nak semua. Tah siapa punya belon birthday tah!

Selesai majlis, semua pulang ke sarang semula untuk meneruskan rutin harian. Insha Allah, selagi ada rezeki, akan sentiasa make memories together, amin.


2 ulasan:

  1. happy birthday to her.
    ALHAMDULILAH masih ada ayah ye.. semoga sentiasa dalam kasih sayang yang melimpah ruah.

    BalasPadam
  2. meriah bila dpt berkumpul rmi2...excited birthday girl bila tgk ada belon2 kn

    BalasPadam