Sabtu, 7 Mac 2020

Shaftsburyy lagi!

Salam semua,

Cepat masa berlalu, dah bulan Mac dah. Banyak aktiviti di bulan Februari yang tak masuk blog, so since ada masa on weekend ni, kita masukkan mana yang best untuk di kenang.

Sekali lagi, my office berbengkel di Shaftsburry Stellar, Putrajaya. Walau tarikh dah lama tahu, tapi tak bercerita langsung pun dengan The Imans sebab malas nak layan kang 80kali tanya bila nak pergi. Packing baju pun malamnya, time semua dah tidur. Jumaat pagi pun masih tak cakap. Bila ambil dari sekolah, laluan tak menuju ke rumah, baru semua tanya, kita nak pergi mana?

Ommak dan bapak tetap senyap. Sampailah diorang dah  nampak bangunan Shaftsburyy, semua menjerit happy, Yey! tidur Shaftsburyy.

Orang yang paling happy sampai tak lelap tidur sebab nak mandi kolam dah tentulah Iman Reezqy. Bila suruh tidur, asyik cakap, abang tak sabar ni nak mandi kolam.

Walaupun hotel sebelah Alamanda, bagi tujuan penjimatan, ommak kau masak je untuk semua. Lagipun kat hotel ni dah siap ada rice cooker, peti ais, microwave, washing machine semua. Dah bayar kena lah gunakan!
I bawa segala mak nenek bahan untuk nasi lemak, so I masak nasi lemak je untuk diorang. Sambal tu dah masak kat rumah. Menu ni membawa sampai ke petang sebab diorang tak makan pagi tu, sibuk mandi kolam, tak ingat makan dah, tengahari naik bilik baru kelaparan.

My happy kids! Sorry lah, saja rahsiakan! Suka tengok reaksi  terkejut semua bila sampai Shaftsburyy. Berendamlah puas-puas ye while Ommak bekojo sekueknyo.

As usual, Iman Rayeesa, pakai beriya tapi setakat duduk di kerusi tepi kolam ajalah. Bukan forte dia mandi mandi kolam ni. Haha!



While anak-anak dan bapa bergumbira di kolam mandi, ommak dan rakan-rakan meneruskan misi persediaan menghadapi Audit Sirim.

Thank you Sakinah for the pixa! Insha Allah, segala usaha kami semua akan dipermudahkan pada hari Isnin ni untuk menghadapi Audit Sirim, amin.

Hari juga merupakan hari lahir adik kedua, Happy birthday Ikin! Semoga sentiasa dalam lindunganNya, diberkati hidup dunia dan akhirat dan bahagia hingga ke syurga.

Happy weekend juga untuk semua ;)

Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan