Memaparkan catatan dengan label The Hotels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label The Hotels. Papar semua catatan

Khamis, 2 November 2023

Hotel Olympic, Kuala Lumpur

Salam semua,

Weekend lepas I check in di Hotel Olympic, Kuala Lumpur sebab Reunion ex-UiTM buat kat sana. Nak buat post ni dulu sebenarnya, tapi lain yang difikir, lain yang ditaip.

Book siap-siap bilik untuk semalam sebab ada nampak influencer share pergi hotel ni. Nampak macam best, so moh la kita cuba. Yang tak bestnya hotel ni, dia takda kolam mandi. Anak-anak I, fokus utama diorang tidur hotel memang nak mandi kolam je. Kenalah cakap kat The Imans awal-awal yang hotel ni takda kolam apatah lagi bathtub. 



Yang menarik perhatian bila melangkah masuk ke hotel yang terletak di Jalan Hang Jebat ni, adalah decoration nya yang colorful, cantik dan meriah di setiap sudut.

Dan yang TERPALING MENARIK adalah deco setiap bilik yang  berbeza-beza dan ada tema. Ini sebenarnya sebab utama I check in. Haha. See, anak bujang I dah chop tempat tidur dia! Terus lupa dah pasal takda kolam.

Dah tidur hotel kena la ambil breakfast. Dapat discount 35% jika bayar time check in. Dapat lah harga dewasa RM19.90, kanak-kanak RM9.90.

Murah dan berbaloi sebab banyak juga pilihan makanan dan sedap kat tekak I.


Kakak makan ni, so I tumpang amil gambar.

Nasi lemak, mee goreng, keuw teow goreng, bebola goreng. Telur rebus tu mmg dia hidang sebiji. Sila la kupas sendiri kalau nak makan.

Enjoy betul I makan sebab I suka bangun tidur terus pi breakfast. Tak payah susah-susah nak kena masak breakfast =p

Tapi Ommak ea sorang je lah yang enjoy. Husband jenis sekali ambil penuh pinggan, kemudian tersandar dan habis makan. Anak-anak pula takat makan cereal, lepas tu tak sabar-sabar nak naik bilik. 

Banyak port menarik untuk bergambar. Kanak-kanak macam si adik suka la. Dia dah berzikir tu jom la naik bilik.

Sabarlah dik, mami tengah enjoy makan oiii!


Junior suite. Ada 1 katil queen dan dua kid's bunkbed. Untuk junior suite, semuanya terletak di tingkat paling atas. 

I dapat whats app dari staff hotel suruh control anak sebab ada yang report bising tapi time dapat notification tu, I dan family ada kat luar. Haha. Terus seram kejappp. Sapa pula yang bising kan? 

Sedapkan hati sendiri, mungkin bunyi bising datang dari bilik lain kot.

Pihak hotel pun patutnya dah deco bilik gitu, tak patut letak di tingkat paling atas. Anak yang normal dan aktif, confirm punya tak duduk diam bila biliknya dah gitu. Kan?


Sabtu, 7 Mac 2020

Shaftsburyy lagi!

Salam semua,

Cepat masa berlalu, dah bulan Mac dah. Banyak aktiviti di bulan Februari yang tak masuk blog, so since ada masa on weekend ni, kita masukkan mana yang best untuk di kenang.

Sekali lagi, my office berbengkel di Shaftsburry Stellar, Putrajaya. Walau tarikh dah lama tahu, tapi tak bercerita langsung pun dengan The Imans sebab malas nak layan kang 80kali tanya bila nak pergi. Packing baju pun malamnya, time semua dah tidur. Jumaat pagi pun masih tak cakap. Bila ambil dari sekolah, laluan tak menuju ke rumah, baru semua tanya, kita nak pergi mana?

Ommak dan bapak tetap senyap. Sampailah diorang dah  nampak bangunan Shaftsburyy, semua menjerit happy, Yey! tidur Shaftsburyy.

Orang yang paling happy sampai tak lelap tidur sebab nak mandi kolam dah tentulah Iman Reezqy. Bila suruh tidur, asyik cakap, abang tak sabar ni nak mandi kolam.

Walaupun hotel sebelah Alamanda, bagi tujuan penjimatan, ommak kau masak je untuk semua. Lagipun kat hotel ni dah siap ada rice cooker, peti ais, microwave, washing machine semua. Dah bayar kena lah gunakan!
I bawa segala mak nenek bahan untuk nasi lemak, so I masak nasi lemak je untuk diorang. Sambal tu dah masak kat rumah. Menu ni membawa sampai ke petang sebab diorang tak makan pagi tu, sibuk mandi kolam, tak ingat makan dah, tengahari naik bilik baru kelaparan.

My happy kids! Sorry lah, saja rahsiakan! Suka tengok reaksi  terkejut semua bila sampai Shaftsburyy. Berendamlah puas-puas ye while Ommak bekojo sekueknyo.

As usual, Iman Rayeesa, pakai beriya tapi setakat duduk di kerusi tepi kolam ajalah. Bukan forte dia mandi mandi kolam ni. Haha!



While anak-anak dan bapa bergumbira di kolam mandi, ommak dan rakan-rakan meneruskan misi persediaan menghadapi Audit Sirim.

Thank you Sakinah for the pixa! Insha Allah, segala usaha kami semua akan dipermudahkan pada hari Isnin ni untuk menghadapi Audit Sirim, amin.

Hari juga merupakan hari lahir adik kedua, Happy birthday Ikin! Semoga sentiasa dalam lindunganNya, diberkati hidup dunia dan akhirat dan bahagia hingga ke syurga.

Happy weekend juga untuk semua ;)

Wassalam.




Selasa, 12 November 2019

Shaftsbury Stellar Putrajaya

Salam semua,

Last week berbengkel lagi. Baru rasa hilang penat hari ni ha.
Haha!
Try juga minta excuse untuk tak nak pergi dengan alasan takda orang nak jaga anak, tapi bos kata, bawa ajelah masuk bengkel. Kita-kita aja pun. Maka, kena lah datang juga.

My big concern sebenarnya adalah kena drive ke Putrajaya dengan the Imans. Alahaii, malas betul tapi dah tuntutan kerja, maka, moh la kita anak-anak.

Reezqy siap tanya, boleh ke Mami bawa pergi hotel ni? Dia pun ragu-ragu tau!
Haha.
Hello bang, Mami bujang dulu, ni lah drebar bawa Atuk Nenek kau sampai ke Penang tau!  Bawa kawan drive sampai atas guna kereta manual naik Genting pun ada juga ;)

This time, office pilih hotel baru, Shaftsbury Stellar, Putrajaya.  Try google and baca review mostly cakap best, so senanglah sikit  hati ni.

For bengkel pakej, dinner first day and lunch last day, diberi makan kat Volcano Shabu Shabu & Grill ni. Dalam bangunan yang sama, di level UG. Ni time last day lunch, makan steamboat. Since ada staf yang balik awal, makan kita ambil la bahagian lunch dia. Bawa the kids ni makan kat sini. Seronok diorang yang part kena masak tu lah, tapi makannya mee dan maggi aje pun.


Ni dinner day 1. Pun ada staf yang sampai lambat, kita ambil bahagian dia. Banyak pilihan makanan kat sini tapi tak sempat nak snap gambar pun, busy handle the Imans.

Lepas dapat kunci, masuk bilik. Dapat bilik kat Level 22. Teruja budak-budak ni tengok bilik. So spacious. Siap cakap, kan best Daddy ada.

Ini ruang untuk breakfast, lunch dan dinner bagi yang berbengkel.

The Imans at Lobby. Lantak koranglah nak buat muka orang nak snap gambar. Sok dah besar, tengoklah muka sendiri ha!

Bahagian Lobi.


Style apartment kat sini. So, akan dapat 2 bilik with master & single bedroom.




Total level 36. Meeting rooms & tempat makan program di level 35, swimming pool dan gym di level 3. Penat naik lif ajelah kat sini nak menunggu sampai ke level yang nak dituju. Tapi budak-budak suka je. Asyik mengira ikut nombor lif.

Kids section kat pool. Kecik aje, tapi tetap budak-budak ni suka. Budak dan air kan memang tak dapat dipisahkan.

Yang ini pun suka juga mandi kolam. Suka duduk di tepi kolam, lepas sepuluh lima belas minit dah gigil naik nak towel. Kolam kat aras 3, so terasa lah angin. Bila badan dah basah, kena pula angin bertiup, memang cepatlah menggigilnya.

Dinner day 1. Ada gril gril juga, tapi staf kat situ tolong bakarkan.

Parking setakat yang kami datang masih free lagi. See, sebab drive sendiri, siap ambil gambar parking. Takut balik kang tak jumpa kereta.

Kat sini comple semua dengan peralatan untuk memasak. Periuk pinggan, semua disediakan. Cuma I jelah tak sempat sebab kejar bengkel dan kejar anak-anak.

Tempat masak.

The periuks belanga.
Ada mesin basuh juga disediakan. Kalau nak sabun basuh dan sabun basuh pinggan, kena call staf then diorang akan  hantar. Microwave dan kettle pun ada. Tak silap I, air fryer pun ada. Sama ada air fryer atau rice cooker. Tak belek sangat.


Playground section for the kids. Jauh sikit dari blok yang I stay. Kena jalan lalu building lagi satu, then sampai ke sini.

The best part! Bila ikut kursus office ni paham-paham ajelah, yang cover makannya staf aje. Untuk family kena cari makan sendiri. So, kat hotel ni ada Mc Donalds and Starbucks.  Lintas jalan depan sikit sampai Alamanda. So, banyak lah pilihan tempat makan. Senang kerja I. Sediakan duit aje dan kena berjalan sikit.

Time berbengkel juga, minta husband kawan tolong tengok-tengokkan budak-budak ni. Mula-mula tak bagi juga diorang ni mandi time I bengkel, tapi akak kat office tu kata, bagi ajelah, kesian dorang, so dia minta tolong husband dia tengokkan.

Night at Alamanda, Putrajaya. 

Thank you Shaftsburry Stellar, Putrajaya. Anak-anak seronok stay kat sini. Reezqy menangis bila kena balik sebab dia kata dia sayang hotel ni. Lagi best dari De Baron katanya. Next time dia suruh datang bawa Daddy.

Iyalah bang. Dan dan De Baron tak best. Haritu bukan main puji lagi De Baron. Dah ada hotel lain yang best, De Baron jadi tak best lagi ye. Sekejap betul berubah hati =p

Insha Allah, ada rezeki, akan repeat stay kat sini lagi.

Isnin, 28 Januari 2019

Amverton Heritage Resort, Melaka

Last weekend, husband ajak ikut pergi kursus di Melaka. Since kat kampung sendiri kan, ingat nak balik rumah mak kita je tapi dia dah pancing the kids dengan kolam yang ada kat situ, memang kalah lah kau. Mendapatlah lah jadi Guardian Angle memantau anak-anak di tepi kolam.

I dengan kolam mandi ni memang jarang berjodoh. Setiap kali  nak mandi kolam aje, ada ajelah halnya. So, kita pasrah ajelah sambil celup-celup kaki di tepi kolam.

Tempat kursus di Amverton Heritage Resort, Melaka. Elok je keluar tol Ayer Keroh, nanti jumpa simpang masuk hotel ni. Kena  masuk ke dalam sikit baru jumpa. Dulu dikenali dengan nama Puteri Resort kalau tak silap. Dah tukar management, terus tukar nama sekali.

I ada gak google hotel ni. Ada gak baca yang bukan-bukan. Lepas tu sendiri takut. Haha. Tapi kita tawakal ajelah bila sampai sini. Alhamdulillah, ok aja semua. Tidur pun nyenyak je anak beranak.

Hai lah kakak. Berani betul sensorang dia pi naik bendalah ni. Elok pula kau ye kakak. Nak pi toilet kat rumah kan main  berteman! Satu-satunya slide tinggi yang ada kat sini.

Ada juga kids room. Bagus juga hotel ni. Bosan kat kolam, kita bawa kids kat sini je. Ada indoor playground dan ruang membaca dalam ni. Toilet pun disediakan juga.

Alololo, baik semuanya duduk diam membaca. Haha. Padahal Cik Ain paksa suruh duduk =p

Mamat ni memang enjoy mandi kolam. Balik dari Melaka terus dapat selsema.

Bukan Puteri Air. Haha. Rayeesa paling rugi bawa ke tempat-tempat gini. Dia hanya akan duduk di tebing ajelah, kuis-kuis air di tepian.

Happy Reezqy! Sorang-sorang pun layannnn. Kakak dah hilang kejap ke slide tinggi, kejap ke slide rendah.

Yang di depan luas terbentang tu kolam dewasa. Since bapaknya berkursus, tak merasa lah the kids mandi kat situ. Siapa nak jaga? Nak harap mak kau masuk ke situ memang tak lah. Maaf ye anak-anak, keadaan mak tak mengizinkan.

Kat sini juga ada pantai buatan. Ada satu sudut dia letak pasir dan beberapa kids obstacle kat sini. So, untuk orang yang takut air, silalah bawa diri ke sini.


Overall, anak-anak seronok datang sini. Yang diorang boring bila I ajak keluar makan sebab I tak bagi husband bayar pakej makan. Kita nak enjoy outside food area sini. Hangin je husband dia tak dapat nak join kami makan-makan.

Ikutkan Zoo Melaka dan Taman Buaya dah dekat kat sini tapi sebab budak-budak ni enjoy mandi kolam, maka, selamatlah duit Ommak. =)