Isnin, 28 Januari 2019

Amverton Heritage Resort, Melaka

Last weekend, husband ajak ikut pergi kursus di Melaka. Since kat kampung sendiri kan, ingat nak balik rumah mak kita je tapi dia dah pancing the kids dengan kolam yang ada kat situ, memang kalah lah kau. Mendapatlah lah jadi Guardian Angle memantau anak-anak di tepi kolam.

I dengan kolam mandi ni memang jarang berjodoh. Setiap kali  nak mandi kolam aje, ada ajelah halnya. So, kita pasrah ajelah sambil celup-celup kaki di tepi kolam.

Tempat kursus di Amverton Heritage Resort, Melaka. Elok je keluar tol Ayer Keroh, nanti jumpa simpang masuk hotel ni. Kena  masuk ke dalam sikit baru jumpa. Dulu dikenali dengan nama Puteri Resort kalau tak silap. Dah tukar management, terus tukar nama sekali.

I ada gak google hotel ni. Ada gak baca yang bukan-bukan. Lepas tu sendiri takut. Haha. Tapi kita tawakal ajelah bila sampai sini. Alhamdulillah, ok aja semua. Tidur pun nyenyak je anak beranak.

Hai lah kakak. Berani betul sensorang dia pi naik bendalah ni. Elok pula kau ye kakak. Nak pi toilet kat rumah kan main  berteman! Satu-satunya slide tinggi yang ada kat sini.

Ada juga kids room. Bagus juga hotel ni. Bosan kat kolam, kita bawa kids kat sini je. Ada indoor playground dan ruang membaca dalam ni. Toilet pun disediakan juga.

Alololo, baik semuanya duduk diam membaca. Haha. Padahal Cik Ain paksa suruh duduk =p

Mamat ni memang enjoy mandi kolam. Balik dari Melaka terus dapat selsema.

Bukan Puteri Air. Haha. Rayeesa paling rugi bawa ke tempat-tempat gini. Dia hanya akan duduk di tebing ajelah, kuis-kuis air di tepian.

Happy Reezqy! Sorang-sorang pun layannnn. Kakak dah hilang kejap ke slide tinggi, kejap ke slide rendah.

Yang di depan luas terbentang tu kolam dewasa. Since bapaknya berkursus, tak merasa lah the kids mandi kat situ. Siapa nak jaga? Nak harap mak kau masuk ke situ memang tak lah. Maaf ye anak-anak, keadaan mak tak mengizinkan.

Kat sini juga ada pantai buatan. Ada satu sudut dia letak pasir dan beberapa kids obstacle kat sini. So, untuk orang yang takut air, silalah bawa diri ke sini.


Overall, anak-anak seronok datang sini. Yang diorang boring bila I ajak keluar makan sebab I tak bagi husband bayar pakej makan. Kita nak enjoy outside food area sini. Hangin je husband dia tak dapat nak join kami makan-makan.

Ikutkan Zoo Melaka dan Taman Buaya dah dekat kat sini tapi sebab budak-budak ni enjoy mandi kolam, maka, selamatlah duit Ommak. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan