Walaupun ada keraguan masa nak beli rumah ni dulu sebab tak dapat penuhi segala keinginan I yang terlalu berhajat besar, tapi berkat Allah swt permudahkan semua proses jual beli, I cuba terima dengan ikhlas dan redha bahawa ini memang rezeki I. Terima kasih Allah permudahkan segalanya. Siap bagi petunjuk kat I erti bersyukur. Tu pun masih ada rasa ragu-ragu lagi =(
Yang penting sekarang, I rasa hidup I lebih jadi orang.
Haha.
Kalau rumah lama dulu, keluar gelap, balik pun gelap. Weekend hilang, balik kampung. Jiran pun yang kenal betul, yang sebelah rumah je. Itupun seminggu sekali baru bertegur siapa. Anak-anak pun hidup hanya dalam rumah tak kenal orang. Takda life betul! Haha.
Now, hidup lebih bermakna gitu. Jadi Hulk pun dah berkurang sebab dah takda berlama-lama dalam kereta. Kahkahkah!
Rezeki I juga agaknya, kejiranan baharu ni sangat erat semangat kejiranannya.Semoga ukhwah ni akan berpanjangan sampai I pencen dan sampai bila-bila lah, Insha Allah.
Minggu sebelum I pergi Amverton tu, ada buat gotong-royong lorong taman I. Tempat I sekarang ni panas dengan kes denggi. Asyik lah fogging je. Maka, kami ambil inisiatif membersihkan kawasan persekitaran untuk mencegah denggi.
Pagi tu sebelum gotong-royong, kami telah bersetuju bawa potluck untuk sarapan. Bila bawa potluck ni menu dia meriah sikit lah. I likee!
Dah isi perut, terus mula kerja pembersihan. Tengahari pula, beli lunch guna duit collection.
Di kejiranan baharu ni, anak-anak I dah ada kawan-kawan bermain. Takdelah hidup mereka ni setakat mengadap tv dan muka mak bapak je.
Dapatlah mereka rasa pengalaman macam mana makpak mereka dulu yang tiap-tiap petang mesti nak main dengan rakan-rakan, explore childhood time, bergaduh rebut mainan, kayuh basikal pusing-pusing, jeling-jeling boy handsome sambil control cun kahkahkah. Mak yang lelebih ni!
Kejiranan baharu ni juga rajin buat macam-macam aktiviti. Baru-baru pindah dulu diorang buat BBQ. Lepas tu ada pi mendaki sesama. Mana yang boleh join, I sekeluarga join je.
Dalam hidup berjiran ni, ada juga lah lebih kurangnya. Mana yang lebih, Alhamdulillah, mana yang kurang, kita ambil jadi pengajaran ajelah. Jangan dipanjang-panjangkan sebab fikir kita ni berjiran kerana Allah swt. Mana yang di luar bidang kuasa kita, kita berserahlah pada Dia.
Terima kasih Ya Allah. Kejiranan yang baik juga adalah rezeki Allah =)
dpt rumah baru dkt ngan pejabat ngan sekolah anak tu syok la sbb tkde la lama kt jln raya kn...nk plak kejiranan ada pelbagai aktiviti tu..bgs2
BalasPadam