Ahad, 24 Januari 2021

Tika menungguh Abah, 6 Disember 2020

Salam semua,

Saja post kat sini, entri I di FB time menunggu abah di bahagian kecemasan Hospital Melaka haritu. I di dalam emergeny room, adik kedua di luar. Adik keempat dalam kereta.

Sempat juga kami menunaikan solat subuh di Masjid Al-Azim pagi tu. Kenangan terindah, tika saat-saat akhir abah.


Bila di emergency room semalam, lepas Doktor explain keadaan Abah dan kata boleh bisik di telinga Abah ajar mengucap, Abah dengar tu, tak tahu nak react macam mana. Tarik nafas dalam-dalam, buat juga. Doktor minta family bersedia. 

Bila bantuan pernafasan dicabut dari mulut Abah semalam, mata tak bergerak-gerak dari dada Abah. Dada berombak tu tumpuan utama. Takut kalu dada tu tak bergerak. 

Bila semua saudara-mara, jiran-jiran baca Yasin, hiba rasa hati ni. Harap sangat ni semua mimpi. Berkat air zam zam dan surah yasin, Alhamdulillah besar kuasa Allah pagi ini. 

Bila cousin nurse bagi suggestion, berkira-kira nak buat. Takut tersalah pilihan, takut nanti pilihan jadi sesal di kemudian hari. Pukul empat pagi tetap bawa abah naik ambulan pergi hospital. 

Bila pagi ni Doktor panggil dan tanya, awak buat apa dekat Abah awak, jarang ada kes macam ni. Patient sedar dan sangat fresh wajah dia. Speechlessnya, rasa nak sujud celah katil di zon merah ni. 

Bila Abah panggil kata, Amy tu kau kena tengok keperluan dia kak. Dak Wan tu tak keje lagi, kau tengok juga. Ya Allah Abah. Dalam waktu kritikal pun masih runsingkan tanggungjawab dia. Fikir diri sendiri dulu bah. 

Di kala ini, masih menunggu Abah. Moga mentari terus bersinar cerah. Terima kasih pada semua yang guide kami segalanya. Masa panik gini, benda mudah pun terlupa cara, jadi tak tahu nak buat apa. 

Ya Allah, permudahkan segala urusan kami. Kau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami. ~Maaf sebab post panjang ni, hati risau, tapi cuma mampu tenung papan tanda zon merah sambil baca Yassin.


Update terkini:

1. Perasaan I di ketika itu, sangat pasti Abah akan ok semula. Melihat muka Abah yang berseri, siapa sangka, 2 hari lepas tu Abah pergi meninggalkan kami selamanya.

2. I dan abah sama-sama melihat pakcik di sebelah Abah 'pergi' ketika di bahagian kecemasan. Kami sama-sama mendengar mesin di sebelah pakcik tu menunjukkan garis panjang tanda jantungnya dah berhenti. Abah gelak time tu cakap, pergi dah orang tu. Rupanya lepas tu turn abah pula.

3. Segala kenangan di hari-hari terakhir Abah, masih jelas dan segar dalam ingatan. Cuba juga sibukkan diri, buat macam-macam, take time perlahan-perlahan melupakan. Payah sebenarnya, tapi Insha Allah kita cuba.

4. Tahun ini ternyata berbeza, sebab Abah dah tiada. Puasa dan raya kami tanpa Abah di sisi =,(

5. Bila ibu atau makcik marah lepas Abah pergi, I selalu kata, tak baik marah I. I ni anak yatim. Gelak diorang sambil kata, Dah tua bangka dah tak kira anak yatim. Boleh aja marah =p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan