Sabtu, 12 Disember 2020

Catatan Pemergian Abah

 

4 Disember 2020 

Ada perbincangan penting tentang Setiausaha sepatutnya tapi balik aja Melaka pagi tu lepas Subuh sebab Abah ada temujanji dengan pakar. Lagipun kalau bab jumpa pakar, memang adik-adik tolak pada I, so terpaksa la tinggalkan perbincangan penting tu. Sampai rumah Ibu bagi tahu, Abah takda selera, asyik muntah dengan cirit-birit. Ada satu rasa terdetik, tapi macam biasalah, sentiasa cuba positif.

Time masuk rumah, Abah cakap, nak solat zuhur, tapi bagi tahu masih awal lagi bah, dhuha la dulu.

Abah tanya lagi kau sapa? Dalam gelak cuba berlawak dan jawab, Fazura ni bah tapi dah bertudung. 

Sambil menunggu pakar di hospital, Abah lain dari kebiasaan. Dia senyap aja di kerusi rodanya. Selalu kalau 2-3 jam menunggu pasti dah riuh mulutnya. Sesekali Abah minta baringkan kerusi roda sebab belakangnya sakit. Adik minta bawa abah ke emergency je sebab abah sakit perut. Tapi a day before abah dah pergi klinik so I rasa better jumpa pakar dulu minta pandangannya. 

Lepas berjumpa pakar hati rasa happy sebab Pakar kata rebakan kanser Abah makin menurun. Cakap pada pakar tentang keadaan Abah sekarang tapi semua soalan pakar, Abah yang dulu jawab. Rasa nak marah aja sebab Abah tak bagi cakap yang sebenarnya. Dia kata, nanti macam-macam doktor buat, dia nak balik tak nak duduk hospital. Kita ikut ajalah. Malas nak berlawan cakap. 

Dalam kereta dua tiga kali Abah nak muntah. Kita get ready ajalah tadah kain. Balik rumah pun Abah masih takda selera nak makan. Sebelum balik petang tu, salam Abah, dia pesan, Kau balik tau kak. Kau kena balik. 

 Iya bah, kita jawab sambil salam dan cium dahi Abah.

 

5 Disember 2020

Adik bagi tahu, nak bawa Abah ke emergency sebab Abah makin sakit perut. Tengahari dia bagi tahu dari Alor Gajah nak transfer Abah pergi Melaka. Adik minta pandangan semua sebab Doktor nak intubate sebab jantung Abah makin lemah. Doktor maklum juga buah pinggang Abah dah tak berfungsi, suggest untuk buat dialisis di Hospital Melaka.

Fikir keadaan Abah semalam, I ajak Azreen balik. PM jiran-jiran tanya siapa ada printer nak tumpang print borang rentas negeri. Kemas baju semua, then kat Balai berdrama. Polis tak nak lepas, I jawab I tetap akan balik juga. IC pula boleh tertinggal kat printer pejabat sebab buat salinanIC untuk ke Balai.

Sampai hospital Melaka sama masanya dengan ambulan Abah dari Alor Gajah. Doktor panggil waris dan terangkan segalanya. Doktor minta persetujuan semua waris. Sambil call Ibu, terangkan condition Abah sambil menangis bertiga di luar Bahagian Kecemasan. Doktor maklum family kena bersedia sebab bila masa aja Abah boleh pergi lepas mesin pernafasan di buka. Ibu setuju untuk bawa balik Abah.

Di Bahagian Kecemasan, I tanya pada seorang  Doktor perempuan Melayu. Betul ke keputusan I bawa balik Abah ni? Dia jawab, betul puan. Hospital dah tak boleh buat apa. Lebih baik pesakit habiskan masa dengan keluarga. Puan boleh bisik kalimah syahadah pada Abah. Ajar Abah mengucap.

Rasa macam mimpi. Semua berlaku sekelip mata. Jujurnya kami belum bersedia.

Dalam pada itu maklum juga pada saudara mara keadaan Abah. Hati tetap juga kuat kata, belum masa Abah pergi.

Bawa balik Abah, Doctor declare Admit on Own Risk (AOR). Semua dah menunggu di rumah. I minta masa pada petugas, bila kami dah ready, barulah mesin dibuka. Petugas Ambulan pesan, doa banyak-banyak. Semuanya ikut ketahanan pesakit. Ada yang bertahan 20minit, ada yang 2 jam, ada yang dua minggu malah ada yang kuat bertahan sehingga dua bulan. Dada abah berombak kuat lepas mesin dibuka. Tak henti-henti kami lafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Saudara yang hadir bacakan yasin  bersama jiran-jiran.

Pukul 2 pagi Abah buka mata. Bila kami panggil dia bagi reaksi. Lepas tu dia kata dia lapar. Oleh kerana tak tahu nak buat apa sebab ada wayar dihidung, kami decide hantar Abah ke hospital semula.

 


 6 Disember 2020

Dalam Ambulan abah suruh ke dapur, tengok apa yang ada. Abah lapar. I cakap nak ke hospital ni bah, Abah sakit. Dia tetap kata Abah nak balik rumah.

Lepas solat subuh, Doktor panggil waris. I terkejut tengok Abah elok aja mukanya. Doktor kata, based on laporan Abah, dia pun terkejut tengok Abah. Jarang berlaku macam ni.

Doktor tanya Abah, Pakcik sihat ke?
Abah jawab, sihat, dah boleh balik rumah.
Gelak besar Doktor tu. Dia cakap pada Abah lagi, kita nak rawat Abah dulu. Kena duduk hospital.

Abah bila dipanggil dia macam khayal cakap pasal adik-adik. Lepas tu tanya pasal emak. I assume abah hypo sebab tak makan apa-apa tapi Doktor dah pasang drip untuk bekalkan nutrisi. Tukar-tukar dengan adik masuk emergency room tengok Abah. Pakcik dan Abang sepupu pun datang borak dengan Abah. Diorang cakap, elok bersih aja muka Abah. Tak macam sakit.

Lega hati dengar. Mungkin keajaibanNya nak bagi masa kami lebih lama dengan Abah.

Doktor yang bertukar shift  marah. Dia kata hospital memang dah tak boleh buat apa, you tak faham ke condition Abah you. Kami explain kami nak hospital bantu mana yang boleh ajalah, kami nak Abah dapat air, ada ubat. Kami tak tahu nak buat apa, memang harapkan hospital. Dapat satu malam pun cukuplah.

Tukar shift dengan adik-adik jaga Abah. Biarlah sama-sama merasa jaga Abah.

7 Disember 2020

Abah dah tak sedar sebab Doktor bagi morfin. Kami bawa Abah balik. I pun sempat lari sekejap ke Nilai, pass over kerja dan minta cuti pada Bos.

Kami decide untuk stopkan morfin dengan harapan Abah akan buka mata. Nafasnya laju. Memang sentiasa pantau. Setiap malam memang panggil orang masjid baca yasin. Ustaz pun dah pesan, jangan tinggalkan Abah. Sentiasa ajar mengucap kalimah syahadah.

Malam tu juga cakap kat Ibu pasal nafas Abah yang dah nampak lain. Pesan juga kat Ibu, minta Ibu lepaskan dan redhakan lah segalanya. Bisikkan juga di telinga Abah, jangan risaukan kami bah. Ain akan tengok adik-adik dan macam-macam lagi ucapan ikhlas dari hati.

Berat nak melepaskan tapi Abah dah lama berjuang. Dah tiba masa Abah berehat dari ujian dan sakit dunia. Muka Abah memang macam orang tidur. Cuma nafasnya aja yg ada berbunyi bunyi. Kakak saudara kata, kesan dari intubate, memang akan ada goresan pada tekak.

Saudara mara juga datang berziarah. Semua ucapa benda yang sama. Abah nampak sihat, Insha Allah akan sembuh.


8 Disember 2020

Tetap terus bacakan Yasin dan mengaji untuk Abah. Adik tiba-tiba bagi tahu Abah buang air besar. Berempat kami cuba tukar diapers Abah, tapi  bila chek, takda pun. Sambil tergelak, kami cakap, main-mainlah Abah ni.

Petang tu cakap dengan wife cousin, minta ajar bagi Abah susu. As kata, dia mungkin lambat sebab tunggu cousin balik. Lambat pun kami tunggu, janji dapat bagi susu pada Abah. Allahu, rupanya itulah makanan terakhir yang kami suap untuk Abah. Malam tu juga terasa terlalu mengantuk dalam pukul 12.30 malam, suruh Azreen tolong ganti kejap mengaji untuk Abah.

Terjaga pukul 3.00 pagi, tukar dengan adik pula. Tiada apa-apa tanda. Abah seperti tu juga, seakan tidur malam dengan lagu dengkurnya.

 9 Disember 2020

Tengah malam tu sambil mengaji, sambil pegang tangan Abah, rasa macam nak snap gambar. Tapi handphone jauh so cakap, esok lah. Kalau Abah sedar tu, mesti dia cakap, gambar kak, gambar. Kau semua nak ambil gambar.

Nasib Ain ambik gambar Bah, now itu je kenangan yang Ain ada dengan Abah tau. Abah baca doa pun Ain rekod. Boleh dengar suara Abah lagi 😢

Lepas Subuh, tengok kepala Abah mengiring ke kiri, tempat ibu duduk sebelum solat Subuh. Sambil luruskan kepala Abah, cakap, apa abah ni, tengok sana. Meh tengok Ain ni. Hari ni dah Rabu bah, buka la mata. Tengok dada abah dah tak bunyi-bunyi. Ambil juga air zam zam basahkan mulutnya.

Baru nak baca surah Ar-Ra’d, Rayeesa lak menangis nak nasi. Tukar dengan adik. Elok aja pegang pinggan, tiba-tiba semua cemas sebab nafas Abah dah slow. Sepenuh hati kami bisik kalimah syahadah. 6.50pagi, lembut dan tenang Abah pergi meninggalkan kami.

Allahu akhbar.
Sekelip mata semua terjadi.
Yang pasti ia bukan mimpi.
Abah pulang ke negara abadi.


Innalillahiwainnailaihirajiun
Abu Samah bin Samsudin
31.3.1953 - 9.12.2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan