Salam semua,
Alhamdulillah, this year dapat juga merasa pi sekolah tengok anak terima anugerah walaupun Anugerah Sekolah Agama je pun.
Isnin petang, Iman Raneeya hulur surat cakap Ustaz suruh datang sekolah nanti. So, tengok, eh dapat subjek terbaik Lughah. Ok lah.
Walau menangis-nangis bila suruh buat latihan, this year, banyak peningkatan dalam subjek sekolah pagi dan petang Kak Iman. Untuk sekolah agama, siap score 100 markah lagi.
Takda beli buku latihan apa pun. Cumanya suruh salin balik latihan yang ada dalam buku teks dan sama-sama buat revision dengan Kak Iman.
Ustaz Raneeya snap gambar ni, lepas tu pi letak dalam group bola dia. Amboi Ustaz, membawang ke tu. Haha!
My first born! Dia minta maaf cakap Kak minta maaf mami sebab sekolah pagi tak dapat anugerah. Sebak lak rasa. Siap campur rasa bersalah sebab memang dia selalu kena bebel dengan I. Asyik main aje, belajarnya tak. Kena ketuk baru jalan.
Dengan kawan masa tadikanya. Dapat nombor tiga sekolah agama dan subjek terbaik juga.
Tahniah kakak. Walaupun Mami garang, tapi dalam setiap doa Mami tak pernah lepas minta segala urusan menuntut Ilmu kakak dipermudahkanNya dan cemerlang dunia akhirat.
Paksa lagi ambil gambar. Untuk kenangan kak oi. Masa bergerak pantas. Selagi ada, kita memorikan.
Lepas dah settle majlis kat sekolah, malam tu bawa dia dan adik-adik pi tengok Frozen II. Itu aje yang dia request, maka dengan senang hati Mak kau tunaikan.
Terima kasih kakak, sentiasa jadi anak yang baik. Semoga kakak akan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat.
tahniah kakak iman. moga terus cemerlang di dunia dan di akhirat.
BalasPadamp/s: mami frozen II best tak?
tahniah Raneeya
BalasPadamTahniah Iman Raneeya. Semoga terus cemerlang dunia & akhirat.
BalasPadamtahniah kakak.
BalasPadammoga terus maju ye next year.
first born always sentimental dlm hati kita, kan :)