Rabu, 13 November 2019

Anak darjah satu, perkara lain yang anda perlu tahu.


Insha Allah, this year, Iman Reezqy akan melangkah ke darjah 1. Dia tahu yang dia akan ke sekolah baru, dah nampak excited sebab akan sama sekolah dengan kakak dia. So, I rasa settle lah masalah terkejut masuk sekolah baru.

Tapi dia dah tanya dah, since kakak dia bawa RM3 ke sekolah, boleh tak dia nak bawa RM5. Dia kata, dia kena lebih dari kakak. Haha! Ada ajelah kau bang, nak buat kakak kau marah.

Untuk anak yang nak melangkah ke darjah satu ni, selain keperluan sekolah dan buku-buku, ada keperluan lain yang rasanya, as parents, kita kena bagi perhatian juga. Antaranya,

1.  Ready dan educate mental dan fizikal anak dengan suasana sekolah
Masa daftar Raneeya, I ada perasan seorang budak ni, happy gila masuk sekolah. Seems macam dia kenal sangat dan tahu selok belok sekolah, riang je dia. Bila tanya, bapa dia inform dia dah bawa anaknya dua tiga kali pergi sekolah. Memang dah bagi tahu, apa kena buat kat sekolah, pagi kena beratur, kena bawa buku sendiri, beli makan sendiri, pergi toilet sendiri, balik sekolah kena jalan kaki tunggu di luar, ada abang kakak lain yang lagi besar, ada cikgu lagi ramai. Kena cerita tentang sekolah pada anak-anak supaya dia tak rasa  terkejut dan kekok dengan persekitaran baru. Especially untuk anak yang belum ada abang dan kakak pergi sekolah.

2. Kenal kan dengan duit dan penggunaan duit
PENTING! Tersangat Penting! Bila anak masuk je sekolah rendah, dia akan mula berdikari, semua kena urus sendiri. Minggu pertama dan kedua mungkin parents boleh memantau, tapi minggu-minggu yang lain, tiada pilihan, nak tak nak, anak perlu lakukan sendiri untuk membeli makanan. Biasakan aktiviti game jual beli dengan anak-anak guna mata wang real. Berapa baki yang tinggal, berapa nilai duit ikut warna. Ajar, bila beli ada wang baki, tunggu sehingga dapat baki. Ajar kira terutama duit syiling. Ajar juga, jangan pinjam duit kawan!

3. Ajar cara penggunaan toilet
Train anak pergi toilet dan urus diri sendiri sebab bila dah melangkah ke darjah satu, cikgu memang takkan tunggu. Ajar cara yang betul, perlu siapkan diri dulu dalam tandas, baru keluar. Untuk yang lelaki, tak usahlah pakaikan tali pinggang yang payah anak nak urus. Nanti ada yang melepas dalam seluar. Sekiranya anak penakut, ajar dia ajak kawan teman pergi ke toilet. Pesan juga pada anak, jangan tahan untuk buang air kecil, nanti jadi penyakit.

4. Baju sekolah dan kasut sekolah kena lebih
Kalau anak perempuan, memang urut dada ajelah maknya di awal persekolahan sekiranya anak pakai baju kurung ke sekolah. Baju putih, memang boleh datang kemurungan bila balik dah bertukar jadi kepam.  Sila bertabah basuh baju sekolah anak-anak ye emak-emak. Sebagai ibu bapa, sediakanlah baju extra. Raneeya sendiri tidak pernah sekali pun ulang pakai baju. Sehari satu baju. Kasut sekolah masih boleh bertahan lagi pakai dua kali sehari, tetapi tidak baju.

5. Alat tulis hilang masalah biasa
Biasanya, ibu  bapa yang anak pertama kali masuk darjah satu, memang akan excited dan beli alat tulis sekolah yang baharu dan berjenama. Sekiranya anak pandai menjaga barang, baguslah kepada ibu bapa. Tapi kalau sebaliknya, silalah bertabah. Hilang alat tulis kat sekolah tu adalah perkara biasa. Pinjam alat tulis kawan pun biasa. Macam Raneeya, awal-awal dulu kan main stationery dia, dah asyik hilang aja, maknya slow down beli kat DIY aje dah. Nak hilang lapan ploh kali pun silakanlah. Yang penting, sentiasa top up stationery dia dan remind, jangan ambil barang orang. Pesan juga p pada anak-anak jangan ambil barang yang bukan hak kita.

Itu saja rasanya yang I  nampak. Mungkin parents lain pun boleh tambah-tambah juga.

Untuk anak-anak darjah 1 bagi sesi persekolahan 2020, all the best & enjoy the pergi sekolah ;)

2 ulasan:

  1. Good tips. Belum ada pengalaman lagi. jadi tak boleh nak add more tips lagi :)

    BalasPadam
  2. good luck, omakk.
    Izzat naik darjah 2 next year.
    ok ok dah le anak boy manja sorang tu.

    BalasPadam