Selasa, 13 Mac 2018

Anyaman sarung cempedak.

Rasa kelakar je bila husband suruh masuk pertandingan kraftangan sebabnya I bukanlah kreatif. Kot pertandingan keras tangan, iya boleh sangat kita ni masuk. So, oleh kerana dah setuju, I fikir, elok i buat sarung cempedak.

Dulu, time kecik, selalu tengok arwah emak buat ni. Sambil tengok, sambil belajar, so, tahu jugalah sikit-sikit.

Untuk hasilkan sarung cempedak, dauk kelapa perlu dipotong macam dalam gambar ni. Sambil potong daun kelapa, sambil terkenang arwah mak. Terbayang dia duduk bawah pokok tengah potong daun kelapa. Lepas tu terbayang lagi dia duduk di serambi rumah, sambil menganyam sarung cempedak ni. =)

So, while husband pergi mendaki, I di bawah busy menganyam sambil jaga Rayeesa. Menganyam ye, bukan merenyam. Haha!

Tadaaaa! Hasilnya. Alhamdulillah, walau dah lama, masih ingat lagi skill  menganyam. Nervous juga time nak buat tu sebab dah lah tak practise, then main redah aje.


Yang sebelah sarung cempedak tu sarung nangka. Dulu, tengok cousin selalu buat sarung nangka ni. I hanya perhati. Sebab part sarung cempedak tu easy breezy sangat, kejap je dah siap, I try buat sarung nangka lak. Menjadi juga lah, walaupun belah belakang, anyamannya haru biru salah. So, kita tayang bahagian depan ajelah. =p

Dahulu, orang tua-tua balut cempedak guna sarung ni. Mungkin plastik mahal, so, sarung ini diguna untuk elak putik buah cempedak dari dimakan binatang. Lagipun, mungkin orang dulu-dulu, guna apa yang ada disekeliling mereka je.

So, yang bahagian belakang tu (yang bukan bersimpul), akan disarungkan ketika putik cempedak. Putik cempedak akan membesar dalam sarung tu dengan selamatnya, gituuu. Once buah cempedak nak hampir masak dan boleh dipetik, sarungnya pun dah kering dan lerai.

Untuk pertandingan ni, I tak menang pun. Yang menang akak yang buat kraftangan guna sudu. I dapat hadiah saguhati je. Ok lah tu dari takde kan. Tapi yang paling penting, masuk pertandingan ni, memang mengingatkan sangat pada arwah mak. Sambil menganyam, sambil terbayang arwah.

=,)

Al-Fatihah untuk arwah emak.





3 ulasan: