Setiap bulan Februari, ibu akan buat kenduri arwah sempena mengingati pemergian arwah Emak yang meninggal pada 19 Februari 2015. Dan selepas kenduri juga akan dibeli kek untuk meraikan hari lahir adik ketiga yang jatuh pada 18 Februari, (tahun lahir terpaksa dirahsia) haha!
Untunglah ye Amy, tetiap tahun dapat kek besday =p
Maka, setiap tahun pada tarikh itu, meh lah save the date siap-siap dan bertimpas lah kami pulang ke kampung.
Sebelum balik, kena pi Mydin cari barang untuk berkat (goody bag) untuk tetamu yang hadir ke kenduri nanti. Langkah kanan lak kami, kebetulan singgah Mydin Senawang, ada show Didi dan Nana.
Reezqy tanya, Jojo mana?
Mami kelentong cakap Jojo sakit perut.
Haha, ampun Reezqy!
Sebelum sampai rumah Ibu, singgah rumah kakak saudara dulu sebab dia buat akikah anak kembarnya. Alolo, bestnya lahai kan dapat baby kembar.
Assalamualaikum Eiman Qaisara dan Eiman Qalesya.
Bila cakap kat husband, bestnya ada anak kembar, dia jawab,
dah lah yang, cukup-cukuplah tiga ni aja!
Takut lettew ;)
Kakak saudara yang sama-sama membesar kat kampung dulu. Now, masing-masing dah kawin, bawa haluan masing-masinglah. Time raya atau kenduri baru dapat bersua.
Lepas kenduri, terus balik ke rumah Ibu. Anak-anak kan main riang dapat jejak tanah. Berjemur lah mereka sampai tak nak masuk rumah. Yang kenit pun tak nak kalah, kan main riang dapat main tanah.
This is kampung uols! Apa barang balik kampung tidur aja dalam rumah. Kena exlpore setiap ruang, termasuk reban itik Atuk.
Memang itulah kerja depa ni. Paling suka pi melawat anak-anak itik dalam reban Atuk. Tak lengkap hidup agaknya, balik kampung tak masuk dalam reban *_*
Kenduri kali ini, ibu tak nak sewa pinggan surau pulak. Ibu kata keluarkan ajalah pinggan-pinggan arwah Emak. Tak diguna, simpan aja, membazir. Elok digunakan, kot pecah, senang nanti tanam aja kaca tu.
Cantik kan pinggan dulu-dulu. I is love tapi tak suka nak menyimpan atau kumpul. Suka tengok je.
Dan macam biasa, kenduri kat rumah ibu ni, tak sah kalau lauk tak macam jenis. Semua lauk masak sendiri. I request satu menu je, cendawan hitam masak air dengan brokoli. Ibu punya lauk, itik masak kari, ikan sembilang masak lemak cili padi, telur itik masak asam cili padi, lauk taik minyak (I tak reti makan), dan rendang ayam.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan semua lauk habis siap dapat bekalkan untuk makcik-makcik yang datang merewang lagi.
Dear Emak,
Dah tiga tahun emak pergi.
Semoga emak tenang di sana.
Insha Allah, satu masa nanti, kami juga pasti menyusul.
Didoakan emak sentiasa dirahmatiNya ditempatkan di kalangan para solihin, Insha Allah.
Amin.
Best kan balik kampung? I pun rasa nostalgic sangat nampak pinggan mangkuk lama2, makan berhidang dalam dulang macam tu. Rindu arwah wan & atok. :(
BalasPadamMemang seronok balik kampung. Lagi-lagi berkumpul dengan family
PadamAl-Fatihah... Syok aih balik kampong. Macam manala rupa masjid Tanah skrg kan?
BalasPadamSesenang datang lah MT anie. Banyak dah berubah tau!
Padambila ingt balik,sonok kan bila jd budak2,main je kejanya,hutang xde,masalah xde,nak duit mintak je.abis sgt kena marah.hahahha
BalasPadam*lauk taik minyak tu sejenis masakan apa Ain?daging ke?
Kan, senang jadi budak. Happy sokmo.
Padamlauk taik minyak tu, dari santang kelapa yang dimasak lama, lepas tu campur dengan pucuk ubi, macam masak lemak tu.