Selasa, 20 Mac 2018

Sundus Rotana Hotel, Muscat, Oman

Hello Muscat!
Terbayang-bayang lagi cuaca Oman yang windy dan sejuk tu, nyaman aje rasa time berada di sana pada awal Disember tahun lepas.
Berjalan ke sana sini pun, tak peluh. Seronok je.
Eh, nyaman cuaca kat sana, Malaysia tetap number one di hati ini juga tau! Haha.
;)


While bertugas rasmi luar negara last year, I stayed at Sundus Rotana Hotel yang terletak di Al Maardih Street, Muscat Oman. Strategik lokasi hotel ni sebab dia tak jauh dari Airport, dalam dua km je dari airport to hotel dan berada berdekatan bandar. Hotel ni masa I pergi bertaraf 4 bintang, now dah jadi 4 setengah bintang lak.

Welcome drink sebaik sahaja menjejakkan kaki di lobi hotel. Omani tea dengan kurma. Rasa tea dia macam air rempah pun ada, tapi lepas makan kurma, manis dan rasa rempah tu mix and balance, elok je masuk dalam tekak.

My room with 1 queen bed. Selesa aje tidur. Almaklumlah, dah penat travel dan transit lama nau, so, letak kepala aje memang tidur terus.

Semua kelengkapan standard yang semua hotel sediakan ada je kat sini. So, silalah gunakan sebaiknya.

The see through bathroom! Hiks =p

Bilik i facing the mountain. So, pagi-pagi bila bangun, nampaklah matahari terbit. Dan bukit-bukit tu, first time tengok bila sampai tu, terus terbayang Rasulullah s.a.w. Semua bukit kat Oman ni bila I tengok memang akan buat teringat kat Rasulullah s.a.w.  Hmm..

Part yang terplaing best bila tidur hotel, tentulah breakfastnya! Haha. Siap ada fresh juice tau. Buah semata takde mix gula. Kita hanya pilih buah, then dia suruh kita duduk. Lepas dah blend, dia akan serve ke meja kita.

Pelbagai pilihan cheese untuk penggemar cheese. 

Mostly food yang ada kat sini adalah makanan timur tengah dan makanan Omani. So, silalah cuba kalau terdaya nak telan. I  jenis kalau yang pelik-pelik memang tak makan. So, memang tak boleh nak campak ke mana-mana sebab memilih makan.

See, siap bawa sos dari Malaysia lagi. Punyalah tak boleh takde sos cili. 

A healthy breakfast for me! Takpelah tak boleh nak telan food diorang, tapi ada buah ni pun dah cukup baik dah. Kalau lama kena duduk Oman, confirm I kurus balik macam zaman bujang dulu. Kahkahkah!

Kat sini, during conference, hari-hari ada disediakan hot water, lemon slices and mint leaves. Healthy drink for me =)


Fresh olive untuk peminat olive. I? nope!


Day two breakfast, tetap setia lagi dengan buahan dan mana yang tekak boleh telan.

My latte! Pilihan kopi pun macam-macam ada kat sini. Just order, then they will serve direct to your table.

Sekiranya pergi Oman, memang recommend sangat Sundus Rotana Hotel ni. Hotel ni pun baru, tengah bandar, modern ID and design, so, takdelah mode scary masuk hotel tu datang.


1 ulasan:

  1. I kalau tdo hotel pun suka breakfast. Lagi2 yang banyak variety.

    BalasPadam