Salam semua,
24 Julai yang lepas anniversary kami yang ke sepuluh tahun. Alhamdulillah, through thick and thin we stand strong together. Dalam sepuluh tahun bersama ini, 'laut' mana yang tak bergelora, pantai mana yang tidak dilanda badai? Ada, tetapi sama-sama lah kita atasi dan baiki. Umur dah meningkat, anak pun makin membesar, dalam apa jua keadaan dan keputusan yang nak dibuat, kena fikir baik buruk, lebih dan kurang dalam setiap permasalahan. Haha!
Untuk tahun ini, Azreen ajak makan kat tempat yang sedang viral sekarang iaitu Hilltop Cuisine, Kota Warisan. Ikut ajalah. Kita bagi peluang dia urus sepenuhnya. Janji dekat, sebelum pukul 10 malam dah sampai rumah dah.
Happy 10th anniversary B! Kita tidak sempurna, kita tidak hebat mana, moga segala ketaksempurnaan dan kekurangan kita menjadi asbab untuk kita sentiasa memperbaiki diri sebagai umatNya. Jangan berhenti menyayangi I kerana Allah taala ye B!
The Imans, the Amanah dariNya! Terima kasih menjadi anak kami, penyeri hidup untuk sepuluh tahun ini, memberi peluang kepada kami menjadi ibu bapa, menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberiNya sebaik mungkin. Kadang kecundang dalam mendidik mereka, tapi tetap kena bangun supaya tak putus asa.
Hmmmm, Reezqy yang masih addicted to gadget sebab time PKP dulu inilah BFFnya. Kerja sekolah pun kat situ juga, dah jadi habit dah. Sehari tak pegang hp macam ada aje yang tak kena kat dia.
Thank you Kak Iman jadi photographer haritu. Melayan ajelah makpak bergambar. Makan kat sini, bertabah ajelah sambil makan, sambil orang lalu lalang bergambar. View kat sini lawa lagi-lagi kalau time sun set.
"I like your eyes you look away when you pretend not to care, I like the dimples tahi lalat on the corners of the smile that you wear, I like you more, the world may know but don't be scared"
Kali ini dia buat surprise. Haha! Tahniah, anda berjaya. I gelak besar ajalah. Malu pun ada sebab I tak beli apa-apa =p Order shopee hari-hari, tapi hadiah anniversary nan hado untuk dia kahkahkah.
My fav picture. Tengok gambar ni teringat pokok dalam drama Korea Hotel Del Luna. My fav drama juga tu. Bila malam, memang limpahan cahaya memenuhi tempat ni. Kalau guna camera mahal memang dapat capture sebijik sebijik cahaya.
Landmark kat sini. Beratur orang nak bergambar. Kita pun menyelit sama sambil minta tolong orang ambilkan. BBNU ambilkan, so cantik la elok gambarnya. Thanks Dik =)
Tempat ni jadi viral sebab view lawa kot. Lepas tu gambar time sunset lawa macam kat oversea (orang kata la), I tengok biasa je. Almaklumlah, I bukan selalu travel ke luar negara. Untuk food, rasa dia ok je pada I. Bila makan tu, sekadar makan dan takda rasa nak repeat lagi. Apapun, selera orang lain-lain. Sedap kat korang, mungkin ok je kat tekak kita. Kan?
Lepas makan, Azreen ajak lepak sampai pukul 10 malam. Minta mahap zahir batin ajelah ye B. Moh la kita pulang aje ke rumah. Landing baring-baring kat katil lagi best dari melangok kat tempat ramai orang ni. See, faktor umur, ginilah! Makin tua, makin lagi suka melepek dan berada di rumah.
Akhir kata, teruslah bercinta seperti esok kau akan pergi, nescaya kau akan menghargai dan menikmati setiap detik dan saat yang ada semaksimanya.
Till then semua!
Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berhujung minggu bersama keluarga.
Stay safe & stay healthy too.
=)
Happy anniversary... Semoga rumahtangga sentiasa dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah, kekal bahagia hingga ke jannah..Allahumma ameen..
BalasPadamsalam..
BalasPadamcantik nya lah gambar raya bertanjak2 cam tu. meriah u all.