Salam Aidiladha 2020 semua!
Dah 10 hari berlalu pun. Tahun ni sambutan tak semeriah tahun-tahun lepas tetapi Alhamdulillah, tetap bersyukur masih berpeluang sambut dengan yang tersayang dan tak 'berkurung' macam PKP dulu ;)
Malam raya, update status ni sambil masak rendang ayam. Aidiladha tahun lepas, walaupun Abah sakit, Ibu ada lagi menguruskan segala persediaan raya. Tahun ini, dedua lak dah sakit. Makin terasa suramnya. Kami yang dah kahwin beraya di rumah mertua maka, adik yang nombor tiga lah mengambil alih memasak juadah raya di rumah Ibu.
Aidiladha tahun ni juga jatuh pada hari lahir Rayeesa, 31 Julai. Malamya kami celebrate dengan FIL sambil bakar-bakar. Happy birthday Adik. Teruskan mood positif anda dan jangan ikut perangai Abang. Awak perempuan, kena lemah lembut. Haha!
Buah tangan untuk mertua di pagi raya. Jadilah. Family mertua tak ramai pun, so kita masak seekor ayam buat rendang, then tanak periuk kera. Emak mertua buat lodeh, rebus nasi impit dan ayam masak merah.
Salam Aidiladha! Tunggu yang lelaki balik solat raya, then bergambar dengan siapa yang ada.
Jadilah. Ada gambar raya. Nak tunggu semua helokkkkk comel lottee bergambar memang tak la. Janji ada gambar pagi raya.
My nyawa, The Imans! (tutup mulut tu dik!)
The reality bila bergambar. Hadap je lah. Kenangan juga ni =)
Kena warning dengan Dedi. Please Reezqy bagi kerjasama. Orang nak bergambar ni.
Since tak buat korban, dan masjid pun takda buat sebab hari jumaat tak sempat, maka, kami hanya makan-makan, bergambar, lepas tu tukar baju dan tengok tv.
Malamnya sambung dengan bakar-bakar sambil sambut hari jadi Iman Rayeesa. Kambing tu dah marinate 2 hari sebelum, then I frozen kan. Ayam tu, petang sebelum raya tu Kak Ipar hantar minta tolong marinate kan.
Happy birthday Rayeesa!
Hello Hana Sophea! Cucu yang lahir time PKP. Memang kena gomol ajelah malam tu sebab siang dia pi raya rumah Tok dia. Reezqy request adik boy pula. Haha. Mahap, permintaan ada tidak dapat dipenuhi! =p
Alhamdulillah, semua ada tahun ni. Dapat berkumpul. Sambil berkumpul tanya khabar parents I juga. Thank you family for your love & support. 💗
Malamnya, dapat makluman dari Kak Jijie, ketua korban kemboja. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak buat korban di Kemboja. Insha Allah, moga diterima ibadah korban kita semua, aminnnn.
Till then! Wassalam.
Wowww meriah raya haji u ols! Best!
BalasPadam