Khamis, 13 Ogos 2020

Birthday Rayeesa lagi!

Salam Khamis semua,

Esok dah Jumaat, then weekend. Yey!

Jom sambung lagi cerita birthday Rayeesa. Walaupun kami decide nak sambut birthday Rayeesa dengan family Azreen je, tapi esoknya balik Ibu suruh pi cari kek. Nak sambut juga birthday Rayeesa kat Melaka.

Saya yang menurut perintah Ibuku!
Pi lah cari kek kat Masjid Tanah. Cari kat Secret Recipe, kek habis, hatta yang se slice pun takda. Eh, kuat betul orang Masjid Tanah makan kek ye ;p
Nasib sebelah tu ada Baker's Cottage, so beratur lah berejam kat situ demi sebiji kek harijadi.

Ini ajelah kek yang dapat dibeli. Ambil apo yang ada je. First time makan kek Baker's Cottage. Not bad juga kek ais krim ni. Tak sepenuhnya aiskrim, campuran denga kek span vanila.

Cousin pun balik kampung, so ajak la dia join sekali. Meriah sikit ada ramai kekanak. Happy muka Rayeesa nak tiup lilin lagi =)

Tengok Reezqy! Dia memang tak puas hati malam tu. Kenapa Rayeesa sambut birthday dua kali. Haha! Dia cakap, birthday Abang takda orang datang. Dah lah kena share kek dengan kakak.Adik sambut birthday dua kali. Abang takkkk.

Sabar yelah Reezqy. Dah birthday awak time PKP. Memang tak boleh nak jemput orang. Itupun nasib boleh order kek. Dapatlah merasa kek boleh share dengan unicorn. Kalau tak lagi menganga ajelah kita sambut harijadi ala kadar.

Buat bakar-bakar juga kat Melaka. Ada kambing, ayamg, ikan dan puyuh. Menu lain, potluck, makcik makcik bawa sorang sikit.

Rakan sebaya. Raneeya dan Kasih. Jaga makan kak, kang dah gemuk tu. Esok nak berolahraga, tak laju dah lari =p

Esok paginya, since makanan malam tadi banyak lebih, kita panaskan bawa ke breakfast. Tambah roti puri sikit since kari semalam ada.

Happy birthday Adik! Untunglah awak potong kek dua kali. Jangan naughty naughty tau!
Since start PKPP, I dah stopkan tadika Rayeesa. Tinggalkan dia kat Mak Mertua kalau pergi kerja.

Sedih juga dia, tapi takpalah. Baru 4 tahun. Cakap kat Rayeesa, adik 4 years old. Nanti 5 years oleh baru pi school ye. Dia angguk dan ok je tapi hari-hari lah tanya, Mami adik dah 5 years old ke? =p

Rayeesa yang good girl. Sebab banyak tengok ragam abang dia kot, Rayeesa ni jenis yang banyak mengalah. Abang menangis pun dia siap cakap. Abang diam. Abang dah besar jangan menangis. Haha, tiru ayat I lettewww.

Tiga orang anak, dengan tiga macam ragam. Semua pun Mami sayang anak-anak semua termasuk yang terpaling banyak ragam tu. Takda pilih kasih pun. Takda mami sayang adik banyak pun. Takda Mami tak sayang abang sebab mami selalu marah abang. Time marah memang marah sungguhlah. Marah untuk mengajar aja pun. Harap anak-anak tak simpan dendamlah kat Mami bila kena marah tu.

Alhamdulillah, dengan semua pinjaman Dia =)

Till then! Assalamualaikum.




2 ulasan: