Selasa, 25 Ogos 2020

Rezeki: Kenaikan pangkat

Salam semua,
Alhamdulillah, semalam, tempat I bekerja dah serahkan watikah kenaikan pangkat. Rezeki yang tidak dijangka sebenarnya.

Tahun 2020 ni, dengan macam-macam dugaan, dengan PKP, dengan Ibu sakit, berulang-alik hospitalnya, drama orang sakit, Allahu akhbar, Allah hadirkan sedikit sinar pelangi dalam bentuk rezeki yang tak diduga.

At first bila menerima berita ni, I sendiri rasa macam tak percaya. Tiga kali I call HR, untuk clearkan benda ni. Patutnya I rasa gembira, tapi bila dah pasti tentang benda ni, rasa takut, serba salah, mula timbul. Bila group bawang tanya siapa yang dapat pun, I hanya diamkan diri.

Waktu hantar permohonan ni, I hanya mencuba nasib. Iya, memang dah tahu, tiga kekosongan yang ada ini dah bertuan, tapi I hanya pesan pada diri, ada rezeki, ada. Kalau takda, KUP nanti kan ada. Itu ajalah. Empunya badan juga I tahu menghantar permohonan, so lepas hantar borang, I senyum ajalah.

Takpalah, pujuk hati, at least rekod perkhidmatan I dah dikemaskini dengan hantar permohonan ini. Sejujurnya, I tidak ada niat nak caras senior, atau mengenepikan calon sedia ada. Hanya mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.



Hari yang ditunggu tiba. Meraikan diri sendiri, husband suruh beli sehelai baju =) Thank you ye.  I should be happy. Allah dah kata, rezeki kau, maka ia memang milik kau lah. Time husband hantar ke tempat majlis, I cakap, tak payah pergi kot. Pergi pun nanti, buat orang marah. Dia pujuk cakap, dah rezeki you, turun ajelah. Ini hari you, raikan.


Hari yang patutnya buat I rasa gembira dengan kenaikan ini, turn out to be the saddest moment.
Allahu akhbar.
I tanya pada diri sendiri, kenapalah Allah bagi kalau perlu jadi macam ni.

Ditanya dengan soalan,
Dah tahu tempat tu ada yang punya, kenapa mohon?
Kami ni beralah nak bagi laluan kat senior, kenapa mohon?
Luluh hati orang yang tak dapat tahu tak?

Of course rasa sedih ditanya macam tu, tapi I sedih bila soalan seakan I ni Tuhan yang tentukan semua =(




Allah yang gerakkan hati I untuk mohon.
Allah yang mudahkan semuanya.
Allah yang kurniakan rezeki itu pada I.
Allah aja yang ada jawapan untuk semua.
Itu ajalah yang mampu I ucap untuk pujuk diri sendiri.

"Be, and it is" (36:82)
Ya Allah, andai rezeki ini salah alamatnya, Kau perbetulkanlah segala ikhtilaf.
Andai ada yang terluka dengannya, Kau hadirkanlah kegembiraan paling tertinggi kepada mereka supaya hilang segala pedihnya.
Andai ini sememangnya sudah tertulis untukku, Kau permudahkanlah segalanya, leraikanlah segala kekusutan yang ada dan lapangkanlah pintu rezeki ini seluas-luasnya.
Sesungguhnya, hanya Kau yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk umatmu dan Kau yang berkuasa untuk segala apa yang terjadi.

Terima kasih USIM, terima kasih family, terima kasih kawan-kawan, terima kasih para Penilai 360'

=(





1 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat maju jaya. Semoga dapat memberi khidmat yang terbaik dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

    BalasPadam