Khamis, 3 September 2020

Hello Morib!

Salam semua, 

Cuti Awal Muharam yang lepas rasanya ni, kami pergi Morib Gold Coast, Banting. Since sekarang weekend kena balik Melaka, maka bila ada public holiday memang ambil peluang untuk masa bersama keluarga kecil I ni. Time ni je lah yang ada untuk bonding time.

Tak stay sini pun, hanya beli water park ticket. Pricey juga lah datang time public holiday ni tapi nak bagi anak-anak happy, kita hadap ajalah. Sejak PKP memang diorang dah lama tak mandi kolam, so saja lah bawa pi sini.

 
Thanks husband! *__* Ginilah kau kan kalau minta tolong ambil gambar. Dah la tak nak teman anak-anak naik slide, tak nak mandi, tak nak kena panas, suruh ambil gambar pun gini aje yang terbaik kau boleh bagi? Suruh ambil kan gambar, sekeping ni ajelah yang dia ambil. Hmmm, sakit hati makkk nakkk!

Happy Raneeya! Tak habis-habis cakap terima kasih Mami Dedi bawa kakak pergi sini. Kakak suka sangat! Haha. Tengok anak happy mak pak pun tumpang happy anak-anak oi. Nak selalu pergi macam ni, tolonglah jangan gaduh adik-beradik selalu dan dengan cakap mak pak ang ni ye.


 
Orang pun tak ramai sangat, so memang semua slide dua beradik ni je conquer.

 

Reezqy paling suka naik slide yang biru cair tu. Suka tu takpa, yang jadi masalahnya nak naik kena berteman. Apaknya memang dah cakap awal-awal tak nak naik. Maka, kita yang kenderaan berat ni lah kena temankan siap pakej turun slide sekali. 5-6 kali kita happy ajelah layankan, lepas-lepas tu,  ommak dah slow aja daki tangga. Kahkahkah! 

Mengah oi. Siap kena sound dengan Reezqy, lambat la mami ni, kalau kurus macam dedi mesti laju. Kongasam punya anakkk! Masalahnya dedi kau takut tinggi, kang naik benda ni pening pitam, haku juga lak yang kena drive bawa dia balik =p

Ini budak pun sama super duper happynya. Berendam tak nak naik, tak nak makan, sampai rentung kulit. Siap melalak tak nak balik. Alahaiii adik, nanti-nanti kita datang lagi ye?


Insha Allah, ada rezeki kita jalan-jalan lagi ya anak-anak. Sorry lah tiap-tiap minggu memang kena balik Melaka aja. Bagilah chance Mami berbakti kepada Ibu Abah Mami ya. Nanti Mami Dedi dah tua, tolong jaga kami elok-elok ye (kalau panjang umur) macam Mami, Maklang, Pakcuwan dan Mak ngah jaga Atok Abu dan Nenek Ani tau!

Till then guys! Wassalam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan