Salam semua,
Saja nak throwback kenangan PKP. Haha! Time PKP takda hati nak buat, sekarang baru rasa nak menulis tu sampai.
PKP melakar sejarah dunia. Benda yang semua orang tak jangka akan berlaku. Macam ibu abah dapat penyakit kanser. Rasa terduduk terima berita, macam tu jugalah dengan PKP ni. Rasa tak best tapi kau TAKDA PILIHAN kena hadap juga. PKP = tak boleh keluar rumah, terkurung di rumah sendiri. Time PKP, siap jarang dengar kes kecurian. Perompak penyangak pun takut dengan virus Corona ni agaknya.
PKP adalah Perintah Kawalan pergerakan di mana semua orang dikuarantin di rumah kerana penularan wabak Corona. Memang hari-hari dihabiskan dengan bangun, makan, tidur. Astro lak belanja free channel, maka lengkaplah sifir bangun, makan tidur tu. Yang isteri, berat sikitlah rutin dia sebab kena masak hari-hari. Kahkahkah =p
Kerja juga adalah WFH (Work from home). Mencabar juga bagi yang tak cukup kelengkapan pejabat ni lagi-lagi keperluan Wifi.
Benda yang kita tak jangka kan, tapi tulah kalau Allah nak ia jadi, maka jadilah ia! Siapa sangka, dapat rehat tiga bulan duduk rumah saja.
Dulu, ada masa pergi kerja, terdetik juga kadang-kadang dalam hati, bestnya kalau dapat duduk rumah je. Masak-masak untuk family, spent masa bersama-sama 24 jam. Kan mainnn berangan. Nahhh, Allah tunaikan permintaan kau! Dia hadiahkan apa yang kau nak rasa. Mendapatlah kuarantin di rumah dengan keluarga sampai kau rasa muak!
Dalam mengharungi PKP, bagi I yang suami bekerja on weekend ni, part suami ada 24 jam depan mata tu part I terpaling suka. Part yang tak best time PKP, satu, sebab Abah sakit kan, so tak boleh balik pi menjenguk. Iya, dapat communicate through Video Call tapi tetap tak puas sebab tak dapat sentuh, tak dapat salam, jumpa face to face.
Yang kedua, rumah kecik, ke depan ke belakang, rasa terkurung tak bebas. Nak rasa kemurungan pun ada. Lagi-lagi kena masak hari-hari, ditambah dengan ragam anak-anak lagi tapi Alhamdulillah, tak biol atau mereng mengharungi fasa-fasa PKP.
Mengungguli carta aktiviti time PKP adalah memasak. Time ni, kau masak, kau dapat makan konsep dia. Lepas tu, kena bertabahlah dengan apa yang dibeli oleh Ketua Keluarga. Time PKP ni, hanya seorang je wakil keluarga yang dibenarkan pergi membeli barang keperluan. Ketua Keluarga I, nasib baik ok aja membeli barang basahan dan barang dapur. Make sure kau tulis terang dan jelas. Lagi baik kalau tepek terus gambar nak beli apa kat whats app tu. Good job B! ;)
Ada kawan I, dia suruh suami dia beli bicarbonate of soda, husband dia beli air ais krim soda. Haha. Kelakar. Kenangan PKP!
Family I takda lah kalut tapau semua barang keperluan. Memang beli cukup-cukup aja sebab Azreen kata, kalau dia beli sekali banyak, nanti dia tak dapat keluar dah. Time PKP, kalau dapat keluar tu (sambil patuhi SOP), memang rasa macam nak melompat keriangan sangat.
Macam-macam resipi dihidang atas meja. Rasa kagum terus dengan diri sendiri. Boleh pula kau masak kan bila dah takda pilihan! Cuma roti canai je, lepas tiga kali cuba siap Reezqy tanya, kenapa roti canai Mami rasa biskut, terus I order je. Lagi senang tak payah stress roti canai tak jadi. Time PKP ni kena less stress. Dah tak boleh keluar, maka kena happy dan tenang-tenang aja di rumah.
Kuih goyang atau kuih ros tu, I sampai bersila sebelah dapur sambil menguap-nguap buat. Acuannya ada yang kecik, memang ambil masa nak buat. Bagi sebekas kecik kat Abah, siap dia suruh buat lagi. Memang tak la! Taubat nak buat kuih goyang tu lagi.
Hmmm laksa johor pun ada. Kau mampu? Time PKP semua mampu aihhhhh! Kadang rindu PKP sebab rajin masak, tapi mengenangkan part terkurung dalam rumah, takut pula kemurungan.
Kuih raya pun ada juga buat time PKP. Ada yang sempat ambil gambar. Ada yang malas lantaklah janji kuih raya siap. Yang paling best, belum raya lagi kuih dah habis!
Start Fasa 2 I join Sukarelawan jahit PPE. Seronok dapat keluar rumah. Azreen lah yang stress handle the Imans kat rumah.
Nak balik kampung kena mohon kebenaran rentas negeri. Pergilah beratur kat Balai Polis mohon kebenaran. Kenangan sungguh. Macam dalam perang tau, semua kena patuhi SOP yang telah ditetapkan. Azreen beratur panjang kat Balai Polis tu. I pula doa banyak-banyak kat rumah, lembutkanlah hati polis tu, I nak balik jenguk Abah. Dah dua bulan tak jumpa.
Elok je wabak Covid sedang mencanak naik, kerajaan pun bertukar pentadbirannya. Hebat Malaysia! Kadang kesian kat PM baru ni. Elok aja dia terima jawatan, tugas dan cabaran besar dia kena galas nak mendepani Covid-19. Nasiblah PM baru ni tenang aja. Siap baca doa untuk kita rakyat Malaysia. Tahniah PM, kami semua bangga cara PM handle krisis ni. Moga Allah swt gandakan ganjaran pahala kepada PM dan team.
Hehe. Birthday celebration dalam perintah berkurung. Bapak, omak, kakak dan abang, insan terpilih. Raikan harijadi sesama sendiri je. Ingat ye Reezqy, bukan senang nak dapat peluang ni. Takyah ulang kisah sambut birthday ni sepanjang tahun ye. Dia asyik dok ungkit kenapa birthday dia takda orang datang.
Oleh kerana ada kluster kedai rambut, maka semua orang takut nak pi gunting rambut. Kang naya aja dapat Covid. Kenalah buka saloon sendiri. Hebat semua, pandai masak, gunting rambut pun pandai. Tu belum campur jadi cikgu BI, BM, Sains, semua subjek yang ada kat sekolah lagi. Haha! What a memory!
Tobek-tobek rambut Reezqy sebab Pakcu Wan hanyalah tukang rambut amatur. Apa ada hal kan Reezqy, bukan boleh pi mana pun. Usung ajelah rambut tobek tu, janji handsome.
Aummmmm. Kalau tak PKP, ada aje alasan kau bagi. Sekarang time Covid, tidak lagi. Coach suami sentiasa ada di sisi dan bagi order aje suruh exercise setiap hari. Tetiap petang I exercise tawwwww. Berat turun ke tak tu belakang kira, yang penting, jom exercise to kill the time. Kill kill, covid die die!
Alhamdulillah, time PKP dengan bantuan teknologi, yang jauh didekatkan. Tapi siapa yang video call I memang hangin je lah sbb coverage putus-putus =p Line Max*** memang haramm jadaheeee. Nak upgrade ke fibre dia kata nanti lepas PKP baru boleh datang pasang. Hmmmm, hadap ajelah apa yang ada.
Untuk buat kerja sekolah, kalau through Whats App ok, tapi kalau memerlukan Google Classroom, siap dah buat, boleh hilang. Seronok betul kita melayan masalah coverage ni sambil istighfar banyak-banyak. Allah bagi ujian tu, ujian sabar nama dia.
Aktiviti ni paling famous untuk The Imans. Hari-hari mandi kolam. Dua tiga kali tukar kolam. Layankan ajelah, janji kau tak memekak nak oiii. Kerajaan pun bagi diskaun untuk bil air dan elektrik. Terima kasih kerajaan!
Ini masa I dapat peluang keluar beli barang untuk pertama kalinya during PKP. Happy yang amat! Terus pi cari my fav latte. Hmmmm nikmatnya! Pergi beli barang kat Tesco. Nak masuk kena beratur panjang di luar Tesco. Bagus rakyat Malaysia time PKP. Semua jadi pandai beratur dan penyabar dek kerana patuh SOP.
Start PKP, hari-hari adik tanya bila nak sekolah. Tiap-tiap pagi mesti pergi ambil beg nak pergi sekolah. Kesian adik. Habis je PKP, terus ommak kau stop kan tadika. Even dah boleh hantar lepas habis PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), I stopkan aje dulu sebab takut Covid. Lagipun adik baru empat tahun, nanti lima tahun, adik pergi la tadika semula ya.
After two months, first time bawa anak-anak keluar. Itupun, pergi rumah Mak Mertua je kat taman sebelah. Time PKP, rumah mak mertua pun memang tak jengah. Mak I pun, kalau nak bagi lauk, or apa-apa, dia gantung kat pagar, then call Azreen suruh datang collect.
Warga tua dan kanak-kanak paling berisiko dijangkiti Covid. Demi keselamatan dan kesihatan, kami tetap patuh SOP. Walaupun rumah dekat, takde pun kami pi berkampung. Mak mertua pun memang tak bagi datang sebab dia takut Covid =p
Time PKP, shopping online menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Food delivery pun sama. Semua takut bersemuka, maka pembelian barang dan makanan lebih baik dilakukan secara maya dan tak bersemuka.
I ambil kesempatan beli cat untuk cat rumah. Tapi berbulan oi tunggu baru barangnya sampai. Dek kerana permintaan delivery terlalu tinggi dan ketakcukupan staf, delivery service mengalami masalah penghantaran lambat sampai time ni. Memang orang marah tapi nak buat macam mana, diorang pun tak cukup staf. Kita pun kenalah bertimbang rasa juga.
Order baju raya pun sama. I dah order sebulan awal, nasib I baik dua tiga hari nak raya baru sampainya. Yang adik lelaki, orang dah raya baju dia dapat pakai baju raya. Bertabahlah ye Pak Chuuu.
SOP keluar time PKP. Mana kau pergi kau kena check in, tandakan di mana kebaradaan kau! In case, ada kes covid kat situ, senang dia nak trace siapa yang pernah jejak ke tempat kejadian.
Time PKP juga, I ada penyakit trauma bawang dengan pencuci pinggan (GLO). Rasa takut kalau tengok ia semakin berkurang. Haha! I rasa, kalau bawang dengan GLO ni takda, I keresahan. Kang tak boleh masak dengan basuh pinggan. Sampai gitu sekali. So, I kena make sure stock benda ni sentiasa ada. Baru I ceria. Bawang tu I kena keluar beli sendiri. Kalau kirim kat Azreen, kan main gedabak-gedabak bawang dia pilih. Tempat fav beli bawang ialah kat AEON. Cantik-cantik bawang dia. #traumabawang
Tengok tu line Maxis I. 3G ok. Mau tak kemurungan. =( TNB pun terus buat apps bagi memudahkan bayar bil online. Time PKP TNB charge elekrik murah, lepas PKPP dia bagi surprise kat rakyat Malaysia. Mendapatlah kau amukan kami semua. Haha!
Time PKP, memang tulis sesiap apa yang takda. So, Azreen nak keluar, dia snap aja gambar ni then pergi beli barang. Bawang I tak tulis, sebab I yang kena keluar pergi beli sendiri, baru puas hati.
Time PKP, ada hari nak hilangkan kemurungan, saja gosok baju kerja. Pakailah satu hari. Happykan diri senidri.
Lepas fasa PKP, masuk fasa PKPD. Time ni dah boleh masuk pejabat secara giliran. Norma baharu, kena beratur kat pintu masuk pejabat. Check suhu badan sebelum masuk kerja.
Di pejabat pula, kena adapenjarakan fizikal. Semua kena duduk berselang. Staf pun tak boleh ramai-ramai masuk pejabat. Since sekolah tak buka lagi, yang suami isteri bekerja, kena bergilir datang ke pejabat.
Time PKPD, taska juga dah mula buka. If ada anak yang tak sihat memang taska tak bagi datang. Anak adik I, ada batuk-batuk dan selsema, memang tak boleh hantar. Office dia pula dan kena kerja sepenuh masa. So, dia tumpangkan lah anak dia kat I seminggu.
Time ni dah boleh keluar rumah lebih dari seorang. Bawa ibu pergi pasar tani beli barang basah. Waktu ni, berat ibu turun mendadak. Ingat hilang selera makan sebab adik masak tak sedap time PKP =p, rupanya dalam diam kanser datang menyerang.
Baby PKP. Assalamualaikum Izzar! SOP hospital mencabar juga time PKP ni. Tak boleh tunggu, tak boleh melawat. Masuk dan keluar hospital kena buat covid test.
Since sekolah tutup, injection darjah 1 Reezqy kena buat di klinik kesihatan. Kena follow jadual dan giliran yang sekolah dah tetapkan. Sebelum cucuk kena buat pemeriksaan mata, dan alat sulit (eh, ada ye.time I dulu macam takda je). Reezqy kena tarbiah dengan nurse time ni sebab dia jujur mengaku suka main handphone. Haha. Lepas cucuk, depan nurse tak menangis, nampak muka I je meraung =p
Time PKP juga semua rakyat Malaysia rajin bercucuk tanam. Suami I pun tak terkecuali. Maka, terhasillah taman mini PKP. Pokok lidah jin yang kat kampung-kampung bersepah aja orang tak pandang jadi viral time ni. Berlumba-lumba orang tanam.
Banyak lagi kenangan time PKP ni. Solat berjemaahnya sekeluarga. Jadi Imam solat Aidilfitri. Masjid ditutup. Hari-hari mengaji khatam banyak kali, dan macam-macam lagi. Ada yang manis, ada yang masam, tapi tu semua kenangan dan pengalaman yang Allah swt bagi pinjam dan bagi peluang untuk kita nikmati.
Walaupun sekarang dah fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), semua SOP dah longgar, kita masih belum menang lagi. Virus Corona masih ada lagi. Vaksinnya pun belum ditemui. Sama-samalah kita menjaga diri dan keluarga agar terhindar dari wabak ini.
Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Till then guys! Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan