Jumaat, 11 September 2020

Merdeka di Kuala Lumpur

Salam semua,

Selamat Hari Merdeka semua (31 Ogos yang lepas). As usual, pos tertangguh lah ni =p

Oleh kerana Public Holiday, maka Azreen ajak check in hotel di KL. It's a good idea actually, tapi I memang tak larat nak packing baju-baju semua. Ahad tu dah lah baru balik dari Melaka. Nak basuh baju lagi, baju sekolah nak kena gosok, nak packing baju budak-budak, hmm penatnya tak larat kadang tu rasa tapi kena buat juga. So i suggest kalau nak pergi KL, esok  bangunlah pagi-pagi then gerak ke KL.

Esoknya, lepas Subuh terus siap. Dalam pukul 7 gerak, sarapan kat RNR Nilai sambil layan 'drama' makan the kids here and there =p, slow-slow drive ke KL.

Seronok masuk KL time cuti umum. Jalan clear. Tak stress jammed. Yey!  Azreen dah janji dengan kakaknya nak jumpa di KL Forest Eco Park. 

I cakap kat Azreen, takda kena bayar masuk ni sebab dulu ada pergi dengan kawan-kawan office. Sekali, kena bayar. Tiket masuk RM10 untuk dewasa, kanak-kanak tak ingat lak berapa. Terus tarik muka mamat tu sebab dia takda cash.

Eleh, nak risau apa, I kan ada. Gunalah duit I dulu tapi nanti bayarlah balik. Double ya ;) Tu yang dia malas tu kalau nak kena guna duit I. Haha!

Takut tinggi rupanya semua. Mengikut gen Dedi. Apalah korang ni. Takut gelap aja yang mengikut Mami. Please anak-anak! Macam mana kita nak naik roller coaster yang tunggang terbalik tu kalau jambatan gantung gini pun korang dah takut.


Adik tak habis-habis dengan mapnya. Kejap-kejap buka map. Kejap-kejap berhenti. Ommak kau map tu guna buat kipas aja.

Tak payah tunjuk sangat muka cuak tu kakak. Chill ajelah. Hayati keindahan hutan secoet yang tinggal ni. Ingat senang nak jumpa hutan di celah bandar  yang penuh dengan bangunan pencakar langit.

 Adik tetap buka map. Cari apa la tu. Reezqy marah asyik kena berhenti ambil gambar. Kakak suruh cepat. Dedi, hmmm kena paksa berdiri elok-elok. Pening ye bang di tempat tinggi!

Kalau pakai baju sukan ni, syok pusing hutan ni. Banyak track yang boleh di explore merujuk pada map yang diberi. Boleh bakar segala lemak yang ada.

Lepas turun dari jambatan gantung baru jumpa Kakak Azreen dan familynya. Rayeesa tetap dengan mapnya. Tunjuk pula kat Kakak Athira apa yang dia jumpa.

The cousins!

Selesai kat Eco Park, konon berhajat nak naik KL Tower. Sekarang kang ada promo half price. Sekali tengok orang line panjang nak beli tiket. Waktu masuk pun, diorang announce yang ada start pukul 1pm. Hmm, memang taklah nak tunggu.

Masih di sekitar KL Tower, kami decide masuk KL Mini Zoo je. Tike masuk RM35 dewasa, kanak-kanak half dari harga tu.

Not bad jugalah Mini Zoo kat sini. Banyak section, dan banyak haiwan. Siap dia lepaskan haiwan. Mini Zoo ni adik-beradik juga dengan Farm in the City.


Lepas dah masuk mini Zoo, singgah beli air depan entrace KL tower. Budak jaga kedai tu offer masuk Blue Coral Aquarium. Tiket Dewasa RM10, kanak-kanak free. 

Azreen laju aja setuju sebab dalam tu ada aircond. Haha. Kami lepak dalam sejam kat situ.

Next! Ni hajat bapaknya! Nak ke Tugu Negara. Kata hari merdeka kan, tak lengkap kalau tak visit Tugu Negara. 

Orang punyalah ramai, tapi rezeki kami, time sampai, ada family nak keluar, dapatlah parking kereta dekat dengan pintu masuk.

Sebak rasa datang sini. Dengan ujian Covidnya, dengan ujian yang menimpa family I, rasa tu bercampur-baur bila tengok tugu ni. Terima kasih para wira negara. Dengan jasa kalian, kami dapat kecapi nikmat kemerdekaan di masa sekarang.

Selamat Hari Kemerdekaan ke -63 Malaysia! Moga terus aman sejahtera, dijauhkan dari segala wabak dan malapetaka, kekal bersatu semua bangsa agar kita dapat terus hidup bahagia <3 

Dah tunaikan hajat si bapak, kenalah penuhi permintaan Ommak lak. Jom ke iKEA! 

Berbunga-bunga terus hati ini tapi tu lah, ku sangka hati berbunga hingga ke petang, rupanya line panjang oii orang beratur nak masuk iKEA. CANCELLLLLLL nak makan meatball.

Bapaknya pujuk, jom la kita masuk MyTown aja. Awak pergi shopping, I jaga budak-budak duduk dalam indoor playground.

Haha! Thank you husband =)

Begitulah kisah sambutan Merdeka kami sekeluarga. Hargai masa yang ada bersama, selagi dipinjam Dia =)

Till then guys! Wassalam & see you next time!


1 ulasan:

  1. Tak pernah masuk lagi KL Forest Eco Park tu. Sekadar lalu je. Teringin juga nak masuk ke situ..

    BalasPadam