Khamis, 13 Disember 2012

Mari mengenang cinta lama. Eh?

Eh eh eh.
Tajuk boleh buat kena tidur luar malam karang kalau suami terbaca  ;p
Nak taip mari mengenang cerita lama sebenar sebenarnya tapi tertaip cinta lama pulak. Nak cancel-cancel, malas pulak, so biarkan je lah tajuk macam tu.

Nak cerita tentang cerita lama, haruslah tepek gambar lama. Tak gitu? Ko tengok, ko tengok. Kan main lah selim uols bila tengok gambar lama. Nangeh tengok gambar lama sendiri. 

Ok, back to the topic, alah, i saja je nak mengenang-ngenang cerita cinta lama dengan suami. Saja je nak mengeratkan hubungan kasih sayang yang i rasa makin hambar ni. Haha. Kan main! Kalau orang salah tafsir ni, mau kata rumahtangga I berantakan gitu.

Takdolah berantakan pun. Berumah di tepi pantai kan, memang kadangkala ada dilambung ombak light-light gitu. Tapi takdelah  sampai ter tsunami. Kahkahkah. Tapi kan, i punya teori, lagi kita suami isteri bergaduh, lagi erat kasih sayang. Kan? Maunye tak, bila dah gaduh, haruslah nak kena pujuk-pujuk, nangis-nangis, peluk-peluk, eh?

Haha.

Normal lah kan perempuan mengandung, emosi tak tentu arah. Ada time ok, ada time parah. Tapi yang I perasan, pregnant yang ni, I memang suka cari gaduh dengan suami sendiri. ;p Rasa puas je hati kalau dapat bergaduh. Bila dah bergaduh tu, mula la terasa suami dah jauh lah, hubungan hambar lah, suami dah tak sayang lah and etc.

Ada je benda-benda kecik yang boleh jadi punca nak gaduh. Tutup suis tak cabut plug pun nak marah nak sentap. Tak tolong angkat baju pun nak kecik hati. Tak tolong basuh pinggan dalam singki pun air mata dah bergenang-genang sayu. Gilo! Benda kecik aja nye punn. Haihhh lah Nur Ain Hawani.  Haha. Terus tukar nama dah.

So, jom lah kita mengenang ceritera cinta dulu, agar menyemarakkan lagi api cinta asmara tu.
Kahkahkah.

Ceritera cinta I dengan suami ni boleh buat siri drama Korea. Kalau tak caya meh baca sini.

Tengok gambar pulak.


Ni gambar selepas ditunangkan dalam Februari 2010.
Manis-manis gula, lagi manis cinta saya. ;)
Again, slim kan main!


Hmm,
Ok,
Dah lah. 
Nanti-nanti kita sambung.
Tiba-tiba je malas dah nak taip.
Mood tak tentu arah lah weh.

Apapun, 
To Dakpink,
Ingatlah,

The best thing in life is finding someone who knows all your mistakes and weaknesses and still thinks you're completely amazing.

So, toksah nak cari gaduh sangatlah dengan suami sendiri!

;)

5 ulasan:

  1. biase la tu.
    angin Ngado! da sampai. haha

    BalasPadam
  2. actually best kak cari gaduh ngan husband ha ha ha tapi lite2 la jgan over2 lau over2 tu mencari nahas namenyer..

    BalasPadam
  3. so sweet so romantik gitu ye.. selim melim la awak dulu ye.. heheheh sekarang ni bukan tak selim cuma ada isi je sikit.. hehehehe.. (^_^)

    BalasPadam
  4. eh eh,
    kemain lagi sjk pregnant ni kan..ngengada dia dtg masuk dlm badan lah tu..hehehe
    wah..mmg slim river lah Ain..xpe2 usaha tangga kejayaan kan..nti lps bersalin usaha balik bg dpt bdn camtu tau ;p

    BalasPadam