Khamis, 27 Disember 2012

Dating time!

Since Iman Raneeya dah dihantar ke Melaka, Azreen dah remind  I banyak kali tok keluar dating time cuti Krismas. Dia nak tengok wayang since dah lama juga lah kami tak  keluar berdua-duaan menonton wayang.Cadangan I untuk spent time bersama-sama berdua-dua romance-romance di rumah langsung tak diambil peduli. Haha.

Almaklomlah kan, mak buyung yang dah semakin besar ni dah malas nak  berjalan. I berharap sangat cadangan I diterima, tapi ditolak dengan alasan, pergi Genting kan main boleh berjalan. Takkan JJ yang sekangkang kera tu tak boleh pulak? Haha, ambik kau kena sound! Azreen siap pancing I dengan beli handbag baru lagi bagi membolehkan dia dapat tengok wayang.

Yelah, yelah, moh kita ikutkan aja. Tak baik melawan, kang tak cium bau surga. Ark ark ark.


Time kat JJ  ni tah berapa kali I makan tah. Memula makan kat Secret Recipe. Dah kenyang hadap Ayam Lada Hitam berjagung, jalan-jalan lagi, cari handbag, tapi takde yang berkenan, I order takoyaki tu pula. Nak merasa uols. Asyik tengok orang post gambar je, terus lah iols beli juga. Lepas makan takoyaki jalan lagi cari handbag sementera tunggu time wayang start, tiba-tiba rasa nak makan yong tau fu kat food court pulak. Hahaha. Lantakkkkk! Ajak lagi I keluar.

Keluar semalam juga, I feeling Kak Semah pakai tudung manik-manik bagai. Tak pernah dibuat ok! Tapi dah alang-alang beli halfmoon shawl ni, kita sarung kan ajalah ikut suka dengan bajet feeling-feeling cantik.  Berat je rasa atas kepala! Memang lepas ni, I sedekah kat adik-adik je lah nampaknya sebab rasa macam tak seswai je pakai tudung-tudung gini.

So, cerita yang weols tengok time dating adalah CZ12.  =)
I takda masalah sangat tengok filem-filem Jackie Chan (JC) ni sebab I memang membesar dengan filem-filem dia.

Memang tak rugi lah  beli tiket couple seat untuk cerita ni. Asyik gelak besar je tengok acting JC dalam ni. Dah tua-tua pun lakonan still mantop meletop. I siap tahan kencing lagi nak tunggu cerita ni habis.  Siap dah habis pun orang tunggu lagi nak tengok scene yang tak jadi.

Pssst B, nanti donload cerita ni ye, I nak repeat tengok lagi.
=)


Dating time haritu, ditamatkan dengan pulang membawa pelbagai hasil tangkapan untuk Iman Raneeya je. Handbag Mummy?
Hmmm, xde yang berkenan pun walaupun lapanbelas kali dok keluar masuk kedai and section handbag.

Haha.

4 ulasan:

  1. dating time, bestnyer... sweetnye laa mama n papa iman raneeya nie.. :)

    BalasPadam
  2. wah wah wah.. kuatnya makan.. heheheheheh.. sekali sekala dating kat luar apa salahnya walaupun peyot dah bum bum sikit. hehehehehhe..
    wah kata malas nak jalan2 habis tu yang duk lapanbelas kali keluar masuk kedai handbag tak pulak penat ye.. hahahahahahahah..

    BalasPadam
  3. peluang gini bukannya selalu dapat, bestnya....

    BalasPadam
  4. so shuwettt...i loikeee...:)

    BalasPadam