Sabtu lepas, sekali lagi keluarga belah mertua buat Majlis Bacaan Yassin & Ngobrol-ngobrol. Kali ni buat dekat rumah Pak Lang Azreen, di Subang Jaya.
Oleh kerana, selepas kahwin dulu I tak sempat nak 'menyalang'*amalan melawat pakcik makcik di rumah mereka selepas majlis perkahwinan untuk kenalkan suami/isteri Pak Lang Azreen sebab masa tu sibuk dengan threatened miscarriage dan morning sickness, so, kali ini i mengambil peluang yang ada untuk melakukannya.
Sampai-sampai aja rumah Pak Lang pada haritu, dah Maghrib, so masing-masing sibuk lah pergi bersolat. I pun tak ketinggalan sibuk juga, menyuap si kecil yang dah kelaparan. Lepas orang semua dah selesai solat, barulah turn i pula terkedek-kedek menunaikan suruhanNya. Pssst, sejak jadi mak ni, I asyik jadi orang last je lah dalam semua perkara. =p =p =p
Selesai semua solat Maghrib, terus ja mula baca Yasin sebab dah malam kan, kang tunggu lama-lama, lambat pula balik Nilai nanti.
Majlis diteruskan dengan makan. Menu utama malam itu adalah Nasi Ayam terbaik Mak Lang. Sedap sangat ayamnya. Nasi ayam ni kalau kuah cili dia sedap, memang laju je lah menyuap kan?
Lagi gambar bersama makanan.
Apa kejadahnya tah I pose gitu. Azreen pula tak habis-habis dengan jersi MU nya sebab malam tu ada game MU vs Liverfool. Haha.
Sejak kena tarbiyah, Alhamdulillah, Azreen dah pandai dah beza mana yang wajib dihadiri dan ketepikan yg duniawi yang tak menjamin apa-apa pun di akhirat nanti.
Ark ark ark.
Syabbas Azreen betta!
Mummy yang makan terpaksa kepit Iman Raneeya yang dah tak boleh terlepas dan duduk diam.
Sambil makan dessert bubur kacang yang sangat sedap tu, majlis diselitkan dengan sesi pembentangan AJK Family Day.
Bermula dengan AJK Logistik,
Kemudian diikuti dengan AJK Sukaneka.
Ha, gempak tak kiteorang siap ada slaid bagai?
Semangattttttttttttt!!!!
Span Bocor Mak Jemah!
Kau mampu?
Haha.
Nama game kain main gempak walhal gamenya perah span berair ke dalam botolnye jeee puuunn.
Masa ni tengah buat apa tah. Tak ingat pula I.
Kan main khusyuk memasing dengan penerangan tentang acara sukaneka.
Dek kerana masing-masing yang terlalu happy mendengar kan tentang acara-acara sukaneka yang dipertandingkan, terus malam tu juga dibuat pembahagian kumpulan.
Setelah sebulat suara mengundi,
So, inilah hasil kumpulan yang akan bertanding di acara sukaneka family day nanti:
Kumpulan 4.
Kumpulan 1.
Kumpulan 2.
Untuk ahli kumpulan 3 tiada gambar sebab dorang tak dapat hadir time majlis ni. Tua muda kecil besar tak terkecuali ya kena join juga.
=)
Tak sabar nak tengok dorang bersukaneka awal Mac ni.
Haha.
Notalipscumel:
Psst hubby:
14 Februari 2012 ~ 2 tahun kita telah dipertunangkan.
=p
bestnye ade family day bagai.
BalasPadamkitorang kalo nak buat selalu aje tak cukup cor-rum. hukk
sama tarikh tunang dgn zana & adiey la.. hihihi..
BalasPadammeariahnya siap ada AJK semua.. sure best kan!!
Ummi:
BalasPadamFamily Day yg ni tak cukup korum pun, tapi buat jugaaa
Zana:
Ye ke sama? Ingat tarikh kahwin kita je yg lebih kurang sama. Tunang pun sama juga ghopenye. =p
Happy two years engagement aniversary juga ye.
hubby akak kena tarbiyah! wah! alhamdulillah. bagusnye! semoga menjadi imam yang terbaek untuk family akak.. :)
BalasPadamiman raneeya = comel. gerammmm!
happy anniversary pertunangan juga! :)
HAI...salam kenal
BalasPadamwah, teruja lieya bace ....bagus sgt2 kerja gotong royong gini...dpt lieya bayangkan dah sure family day nanti berjalan lancar n happening....
btw, doter u sgt tomey!
HAI...salam kenal
BalasPadamwah, teruja lieya bace ....bagus sgt2 kerja gotong royong gini...dpt lieya bayangkan dah sure family day nanti berjalan lancar n happening....
btw, doter u sgt tomey!