Khamis, 2 Februari 2012

Majlis Pertunangan Shaharuddin & As

Sabtu lepas berlangsungnya satu lagi Majlis Ikatan Menuju Bahagia. Kali ni yang bertunang adalah sepupu belah ibu I, Banglong a.k.a Shaharuddin.

Majlis pertunangan yang tak pernah dibuat orang ok. Mana taknya, bertunang pukul 9.00 pagi sebab tengaharinya adik tunang Banglong tu nak bersanding.

Pagi-pagi lagi weols dah bangun untuk bersiap. Rasa macam hari raya pun ada sebab suami I pagi tu lengkap berbaju melayu bersamping bagai. Request oleh family banglong nak berbaju Melayu kita.


Ha, nampak! Macam hari raya kan? Songkok pun tak tinggal.
Sekarang ni, Azreen bila dah siap, kena take turn lah nak jaga si kecik yang makin melasak tu. Eh, melasak? Haha, hentam je lah jahhhh.


Makin tak reti nak duduk diam dah Iman Raneeya ni. Semua benda dia nak usik dan pegang.


Siap je, terus turun cepat-cepat ambil gambar dengan abah. Haha, sentap mentap orang yang lama dok menunggu tu. =p


Ni adik Banglong, Syahrir, bersama anak buahnya, Qasih Nurin Qaira (QNQ).


Sambil menantikan saudara-mara lain, IR beramas mesra dengan QNQ. IR malu tu bila nak didekatkan ke QNQ.


IR cuba nak bye bye kat Daddynya yang sedang snap gambar.


Ark ark ark. I gelak besar dulu sebelum tulis caption gambar ni sebab I lah yang gubah sirih junjung yang tak seberapa junjung tu. Pagi-pagi buta ok, kena paksa gigih gubah sebab bunganya sampai dari KL pukul 1 pagi.


Ketibaan rombongan meminang daripada Kg. Solok Duku dan Tanjung Bidara.


15 buah kereta yang join rombongan ni.


Discussion bermula di saksikan oleh sirih junjung ahkakkkk gubah!
Eh, adat orang Johor kalau bertunang kena ikat setahun katanya. Kalau bertunang bulan 1 2012, bulan 1 2013 nanti boleh nikahnya. Kena cukup setahun baru boleh kahwin. Ye ke?

Oleh sebab itu, tak dapatlah makcik I nak mempercepatkan majlis perkahwinan sepupu I.


I yang masih bertahan lagi duduk sopan ketika gambar ini ditangkap. Selepas itu, terpaksa laju-laju keluar rumah sebab Iman Raneeya sibuk turut menjerit dengan suara besarnya nak join perbincangan orang tua-tua. =p


As, tunang Banglong. Makeup dia sangat gojes dan cantik. Azreen yang lelaki tu pun cakap makeup tu cantik. Tukang makeup datangnya dari Semabok, Melaka.


Sesi sarung cincin.
Kan main suka makcik I menerima bakal menantu sulung.



Candid uols!


Bakal pengantin.
Tahniah ye sepupuku. Alhamdulillah, ada jodoh kau.
Tapi, 2013 lah kau kahwin Long! Bawa bersabar. Kurang-kurangkanlah berdating tu kalau tak nak hilang seri ya.


Selesai sesi pebincangan, sarung cincin, ambil gambar, terus laju-laju pi mentekadarah.
Haha. Maunya tak laju-laju, kan masa nak pergi tadi I tak sempat makan sebab sibuk bersiap!=p

4 ulasan:

  1. u ni sentiasa cantik n fresh!hehe..ape ngarsianyer...share sket...=D

    BalasPadam
  2. Noora:
    Tq dear. Boh gambar yg elok je, tentulah nampak fresh sokmo. =)

    BalasPadam
  3. ko saje letak gamba aku yang buruk tu kan :P

    BalasPadam
  4. Xiaowei:
    Lalalala.
    Dah tu je gambar yg aku cantik. Ark ark ark.

    BalasPadam