Isnin, 13 Februari 2012

Terasa, merasa dan perasa.

Bila putus cinta 5, 6, 7 kali, I positif.
Bila putus tunang disebabkan orang ketiga, I positif.
Bila tahu girlfriend kepada ex-boyfriend tak suka I, I positif.
Bila orang tak suka meluat kat kita tak tentu pasal padahal kita tak tahu pun apa masalah mereka hujung pangkal, I positif.
Bila orang mengata tentang hidup I dan mak bapak I, I positif.
Bila orang mengata I tiru itu ini waktu majlis perkahwinan padahal I dah tanya pun ok ke tidak boleh ke tidak bincang dengan tuan punya badan, I positif.
dan macam-macam lagilah,
I cuba jadi sepositif mungkin sebab I tahu, setiap perbuatan baik, nescaya Allah s.w.t akan membalas yang baik-baik juga walaupun dalam hati dah merah bernanah pedih menahan.

Susah hidup ni bila semua benda negatif kita cuba terima secara positif.

Kesannya, bila terlalu positif dan cuba buat macam takda apa-apa,
Sesungguhnya perasaan yang ditanggung itu memang tersiksa.

Lagi-lagi bila perkara itu diulang-ulang bagi tujuan menyindir nak bagi orang terasa boleh buat jatuh air mata, jatuh air muka.

Rasa yang menanggungnya?

Jatuh terduduk.
Sangat down.
Sedih tak terkata.

Biarlah orang buat kita.
Jangan kita buat orang.
Itu pesan abah.

Tapi sampai bila Bah nak macam tu?
Sampai bila nak menahan?
Simpan lama-lama boleh jadi dendam.

Hmm,
Dunia ini kan bulat.
Ada masa kita kat bawah. Ada masa kita kat atas.
Gelak dan sindir lah selagi boleh ya.
Suatu masa, kalau terkena kat batang hidung sendiri nanti,
Sebab,
Buat baik dibalas baik, buat jahat sampai orang terasa suatu hari nanti kita pasti akan termerasa juga.
Tak pada kita, mungkin pada anak cucu kita pula.

Amin.


Notalipscumel:

Teruskan senyum sampai hilang pedih di hati.
Walaupun pedih hilang, parut tetap akan kekal.



9 ulasan:

  1. tu la jd lumrah dlm hidup kita ain.kdg2 rs unfair je kan,upset tu dh tentu sgt lah..bkn sng nk bdiri mcm selalu bila sekali kita dh terduduk...

    tp apapun blaku selagi kita ingt ia dugaan Tuhan...kita pasti menang!

    **kenapa ye suma mak bapak kita mesti pesan baik2 mcm tu "biarlah org buat kita,jgn kita buat org"?
    smp kdg2 terpikir....smp bila nk tahan?

    BalasPadam
  2. la tahzan, akak..

    sesungguhnya, Allah bersama orang yang bersabar.

    ini untuk akak :

    http://suerayadiary.blogspot.com/2012/02/untuk-mu-wahai-puteri.html

    semoga dapat mengubat sedikit sebanyak hati yang kesedihan..

    insyaallah.


    :)

    BalasPadam
  3. i pun alami ape yang u rasa,bila makin lama pendam makin orang pijak kepala kita,makin sakit hati..tapi tula pesan arwah abah i sama dengan abah u..but sebagai manusia normal..kadang2 i rasa jatuh terduduk xboleh bangun lagi dah..semoga Allah beri kita kekuatan ye..amin..

    BalasPadam
  4. Aini,
    Tulah, buat pengajaran je lah benda-benda macam ni walaupun berat nak menanggung.

    Tang makpak tu, mungkin dorang pun dah menghadapi perkara yg sama, sebab tu lah nasihat makpak kita ni lebih kurang sama je.

    BalasPadam
  5. Sue,
    Thank you Sue sbb sharing benda tu.
    =)

    Menangis kadang-kadang baik sebab boleh kurangkan rasa sakit.

    BalasPadam
  6. Noora,
    Bersabarlah kita ya Noora. Kita banyakkan doa dan biar Tuhan je yang balas segalanya.

    BalasPadam
  7. nangis je sesekali utk rasa lega... inilah sandiwara dunia... sabar.. tabah .. dan tenang menghadapinya ok....

    BalasPadam
  8. standard laa yang kan selagi kite hidup di kalangan manusia..xsemua kita buat orang suke..x semua orang buat kite suke..:)

    yang layak menilai allah kan..be positif dats gud..but everhtin has a limit kan..;)

    BalasPadam
  9. been there kak. tuhan je tau. kuat k

    -gajahputih

    BalasPadam